Hi semua, salam hujung minggu, minta maaf sekiranya di luar topic berkenaan kehamilan & perkembangan anak, semalam saya dikejutkan berita kematian kawan suami saya, umur 33 meninggal dunia selepas bermain bola. Meninggal kan isteri dan anak 3 org, anak ke 3 baru sahaja umur 2bulan,isteri baru habis pantang, tetiba mengenangkan kat diri sendiri sebab selama ni bergantung semua kat suami.
Nak kemana2 pun suami hantar sebab ada lesen tapi sebab takda kenderaan sendiri jadi tak pernah pun drive. Sebelum ni boleh rider, tp selepas sambung belajar sampai la dah berkahwin tak pernah bawak, jd mmg rasa janggal. Saya terfikir kalau apa2 jadi ka, dgn saya tak pandai bawak kete, simpanan alhamdulilah ada. Cuma nak kemana2 tu susah. Saya kalau boleh taknak terlalu bergantung sangat pada suami. Sekarang pergi checkup KK pun sy pergi naik grab sebab cuti suami tak banyak dan nak simpan utk pantang nanti.. Tp tulah suami pulak risau kita pergi sendiri. Pernah pergi sendiri, kejap2 call tanya dah smp mana. Ada tak yg sebelum ni tak pernah bawak, tp beranikan diri bawak kereta utk kemana2.. Share sikit. Terima kasih.
Anonymous