Sakit tulang area kemaluan 35w

Hi semua nak tanya saya skrng ni dah 35w. Dah beberapa harini rasa mcm sakit area tulang kemaluan tu nak jalan pun mcm penguin dah. Pastu kadang kencing mcm tersepit nak kuar susah kena tekan2 skit pundi kencing baru dia kuar kencing. Ade ke prnah alami mcm ni? #firsttimemom #firstbaby

2 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

sama, sy pun tgah alami skrg.. sy guna tandas duduk pastu masa nak kencing kaki kepit sikit pastu berdiri baru keluar baki².. kalau kencing mmg lama la dalam toilet nak bg betul buang habis kalau x nt berulang sesaja sbb pundi x kosong lg.. nak keluar rumah pun jadi malas sbb leceh nak cari toilet duduk yg bersih, kat rumah jugak selesa.. tulang pelvis pun da sakit² ada masa pedih kena sondol dgan kepala baby, bangun pagi plak sakit pinggang.. kalau duduk tegak baby da pandai mengeras mungkin dia tersepit sbb perut da kebawah, kena duduk bersandar.. rasa mcm da sarat sgt bawak perut, semua sakit²

Baca lagi
1y ago

tau x pe, kdg sy senam sikit² renggangkan otot, tp risau terbesalin prem plak 😅 nak cangkung pun x berani,

Rasa baby dah engage tu.