HB LOW 10.7 JADI 8.9

Hi semua. Harini saya ada checkup baby 25weeks. Bulan lepas HB saya 10.7 tapi harini drop 8.9. Saya ada try amalkan susu kambing (calla milk) tapi lepas dah consume 2 kotak, HB drop mendadak. Berat saya pun dari 43 jadi 49 dah. Doctor risau saya GDM sebab glukosa dan kencing kotor tak berkurang dari last month. Ada apa apa solution tak? 🥲

12 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Cara sy rawat HB Low. Sy pernah hb drop. Cara sy, sy banyakkan makan buah² contoh buah jambu Batu, buah Oren dn lain². Lepastu, sy lebihkan makan ayam, daging, kerang, udang, sotong, hati ayam. Lebihkan makan sayur. Minum susu full cream shj yg dibenarkan. Nurse dgn doktor tempat sy tak sarankan utk minum susu lain selain full cream, contohnya susu ibu mengandung, susu kambing. Selain minum susu, mommy jugak boleh banyakkan minum jus buah. Makan ubat zincofer 2 biji setiap malam sebelum tidur, makan ubat Tu dgn air sunquick kosong tanpa gula. Dalam 2 minggu sy amal pemakanan macam tu. Dalam 2 minggu tu jugak hb sy dari 10.7, Naik 12.6. Mommy boleh cuba cara ni iyaa. Semoga dipermudahkan. 😊 Cara sy rawat kencing kotor. Doktor tempat sy sarankan minum air barli tanpa gula. Sekiranya tak boleh minum air kosong banyak. Pagi sebelum checkup, sy minum air masak banyak, nak elakkan kencing kotor atau ada protein dalam air kencing. Kurangkan minum air mcm air milo. Sbb boleh dapat kencing kotor. Sy pun suka minum milo masa preggy ni hehe. Tapi sy elak minum milo sehari dua bila nak checkup, takut sangkut time cek air kencing. 🤭

Baca lagi
3y ago

Terima kasih atas perkongsian , saya alami perkara yang sama utk 2 kali check up baru2 ni.