First time mommy

Semalam sy buka buku pink 😁 sy dah weeks 10. Sebelum p kena cl klinik tnya weeks bape boleh buka. Biasanya 10w ke atas. Kena book appt kat dlm qmed. Apps untuk booking. Masa dtg kena bawak ic isteri suami, kad kahein, bil api air sbb nk tgk alamat rumah. Bawak je prepared. Tp nurse xtgk pun smlm. Pg tu sebelum p klinik. Nurse cl dulu mtk details dia nak isi siap2 dlm buku pink. First day biasa ada ambik berat tinggi. Lepas tu ambik drh. Ujian air kencing. Last jumpa dr. Dr akan scan bby and buat breast test sekali nk tgk if ada symptom breast cancer ke x. Proses ni lama. Plus kes covid sekrg kan. Appt pukul 9 humm siap dlm pukul 2 lebih. Lapar sangat sbb sy xprepared mknan pun. So mummy semua spare makanan sesiap dlm beg tau. Sbb lama ni nk tgu turn tu. Depend in clinic mana la kot. Kat bandar ramai org. #firstbaby #1stimemom

2 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Ya betul sis..first buka buku memang lama, itu pun nurse dah call sis dulu tanya dan isi siap2..kalau tak, lagi lama tunggu nurse nak isi details both buku pink tu hee tapi memang tiap kali gi KK saya spare makanan sesiap, surely akan lapar 😋😆

selepas kita book di qmed perlu call KK lagi tak untuk confirmation? thank you in advance. first time mom juga 😁

4y ago

Macam saya xperlu dah. Nti hri nak p appointment tu nurse akan cl mtk details nak tulis siap2 dlm buku. Tapi kalau awak nak sure awak blh call klinik kat tempat awak dulu.