Semalam ke PPUM untuk appointment A and C combine dengan Cardiac-
Tak lama sangat tempoh menunggu nak jumpa Doctor, cuma kesan dari apa yang Doctor cakap tu yang takkan hilang 🥺
Ini kandungan yang kedua selepas keguguran tahun lepas, dan kandungan kalini dah nak masuk 9 minggu, Alhamdulillah tak banyak ragam.. Alahan tetap ada tapi masih boleh kawal berbanding yang sebelum ni 🙂
Doktor kata bacaan darah ke paru-paru masa kandungan pertama agak tinggi dan merbahaya buat mama dan baby.
Dan kalau next appointment bacaan masih tinggi, Doktor perlu berbincang untuk teruskan kandungan kali ni 😞
Moga semua baik-baik, dipermudahkan urusan kandungan ini dan moga ada keajaiban supaya dapat teruskan....
Mama rindu Aysar, mama sayang adik baby 😔