isu penyakit polio
Selepas kawin dan beranak baru saya tau yang keluarga belah suami ni antivaksin. Saya dapat tau pn sbb saya bagitahu pergi klinik utk dptkan vaksin baby. Dorang macam pandang pelik pulak amik vaksin. Sampai skrg keturunan dia takde yang terima vaksin sehingga la saya hadir dalam keluarga tu. Persoalannya 1) adakah anak saya berisiko penyakit ni even dah dapat vaksin dari baby lagi sampai sekarang (umur anak 3bulan sekarang) 2) adakah penyakit ni boleh berjangkit? 3) memandangkan suami juga tidak divaksin dari kecik, adakah anak sy berisiko? Hati ibu mana yang tak risau. Ya Allah terkejut bila tahu pasal ni ? cuba untuk positif tapi saya risau kan anak saya. Sejujurnya sy lack of knowledge pasal ni. Memandangkan kes polio terakhir yang ada kat malaysia ni pada tahun 1992. Masa tu saya berumur setahun. Tambah lagi ni anak sulung saya. Nak menyesal pn mmg takde guna tapi sy teruskan je vaksin dan rutin yg perlu kat klinik tu. Jangan kecam saya. Terima kasih ?