Kongsikan kisah menarik anda ketika bersalin & dapatkan 500 Poin Percuma!

Selamat tengah hari mommies semua🥰 Apa pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan sewaktu bersalin?🤰 Ada yang termarah suami ke?👨 Atau tergigit tangan nurse atau doktor ke?👩‍⚕️ Ke ada yang tak sempat sampai hospital baby dah keluar?👶 Jom kongsikan kisah menarik & mungkin kisah anda yang akan mendapat 500 poin PERCUMA🥳

Kongsikan kisah menarik anda ketika bersalin & dapatkan 500 Poin Percuma!
7 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

🤱🏻Perkongsian pengalaman bersalin🤱🏻 Saya bersalin on 37 weeks of pregnancy. Ikutkan due date saya pada 15/10/2019 tapi bersalin on 30/9/2019. Begini kisahnya. 📝 Isnin, hari ke-2 saya balik ke kampung, bersamaan hari pertama saya ambil annual leave dari kerja, pada pukul 6.30 pagi hari kejadian, air ketuban saya pecah. Masa tu belum rasa sakit lagi. Saya masih boleh solat subuh lagi sebab ragu-ragu itu air ketuban ke bukan. Al maklumlah, anak pertamalah katakan. Air ketuban pun saya tak tahu macam mana rupa. Masa keluar air ketubanan tu, saya terus kejutkan mak saya yang tengah tidur di bilik dia. "Mak..mak..Eka rasa macam keluar air ketuban." Mak saya yang baru bangun dan terkejut tu terus cakap, "Betul ke air ketuban? Air ketuban tu banyak". Riak muka dan nada suara mak saya jelas menunjukkan yang dia pun macam tak percaya 😂😂. Pukul 7 lebih pagi, kami bertolak ke hospital. Dalam pukul 8 pagi nurse check bukaan. Tengok memang ada bukaan dan air ketuban memang dah pecah. Alhamdulillah, air ketuban masih banyak jadi baby dalam perut selamat dan tak lemas. Mak saya terus pergi kerja lepas hantar saya ke hospital. Mak tak dapat ambil cuti melainkan ada orang lain yang ganti kerja. Bagi yang tak tahu macam mana rupa air ketubanan, air dia jernih je. Macam chrysanthemum tea. Itu berdasarkan pengalaman saya. Dan dia akan keluar dengan banyak. Kita sambung cerita tadi. Masa nurse check bukaan tu, saya belum rasa sakit sangat lagi. Saya start rasa sakit pukul 8.30 nak ke 9 pagi. Masa tu check bukaan, denyutan jantung baby dan contraction, nurse tanya saya sama ada demam atau tak. Saya beritahu nurse yang malam sebelum tu memang saya demam. Demam tahap menggigil-gigil sampai gigi atas bawah berlaga. Tapi saya rasa nak rehat dekat rumah je, tak pergi hospital. Dengar je saya cakap macam tu, terus nurse dan doktor hospital Bentong nak hantar saya ke hospital Temerloh. Dengan sebab hospital Temerloh ada pakar. Sebelum tu, nurse check semula suhu badan saya. Nak pastikan masih demam atau tak. Pukul 9 pagi, saya naik ambulance untuk ke hospital Temerloh. Dalam ambulance tu, sakit contraction tu memang tak boleh nak cerita. Sakit yang teramat. Tak terkata. Bak kata orang sekarang sakit tak boleh bawa bincang. Sempat juga benda negatif lintas dalam fikiran tapi cepat-cepat saya tepis dengan banyakkan berdoa. Alang-alang saya sedang bermusafir dan doa orang yang sedang bermusafir tu mustajab, saya gunakan peluang tu untuk doa semoga Allah angkat rasa sakit tu, biarlah dipermudahkan urusan bersalin saya. Nurse yang teman dalam ambulance pun tak henti-henti suruh saya baca zikir Nabi Yunus. Naik ambulance dari Bentong ke Temerloh dalam 1 jam. Jadi pukul 10 pagi sampai. Sampai je di sana, doktor check bukaan dah nak full. Terus tolak masuk labor room. 10.55 pagi, selamat lahirkan putera sulung kami seberat 3.42 kg on 37 weeks 7 days. Alhamdulillah. Husband saya sampai hospital Temerloh dari Selangor lepas saya selesai bersalin, dalam pukul 12 tengahari. 🍃🕊️🌱🍃🕊️🌱🍃🕊️🌱🍃🕊️ Sekian perkongsian pengalaman bersalin anak pertama daripada saya. Tanpa ditemani suami atau mak. Berjuang di labor room ditemani doa ahli keluarga dan doktor-doktor bertugas. #TAPsupermoms #TAPactiveusers

Baca lagi