Mix susu formula and susu badan. Ada yang buat macam ni? Boleh share pengalaman tak anak macam mana.

Selalu nya bagi susu badan dah pump tapi waktu malam selalunya bagi formula sebab tak larat dah nak pump. Anak dah nak masuk 3m tapi berak 3 ke 5 hari baru berak. Kadang² dia berak macam solid tapi tak ada masalah kembung perut. Tapi setiap kali berak memang kena tolong dia by exercise kaki dia.Takut susu formula(guna similac) yang tak sesuai. Boleh tolong tak advise?#firstbaby #firstmom #pleasehelp #Berak #susuformula #Susubadan

4 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

saya mix jgk. siang formula, malam menyusu badan. sama jgk bagi similac. setakat ni mmg berak tiap hari. sampai 4-5 bulan jgk la exercise kan dia. lepas tu nampak dia pandai kentut berak kerap tanpa perlu exercise pun

VIP Member

Saya pun campur tak salah pun cuma kalau susu similac tak sesuai cari susu yg mild or biasa dulu. Sbb tak semua baby sesuai susu similac (susu soya). Susu formula ni biasa akan buat penghadaman kurang sikit

2y ago

anak saya dulu pakai yang similac basic tu okay. lepas tukar similac gold yang jadi problem. tapi lepas tukar frisolac dah boleh berak sendiri lepas kentut², kalau tak dia nak berak kena selalu excercise kan dia sampai merah² muka, kesian.

Hi sis! Anak saya mcmni skrg. Lepastu mcmmana? Tukar susu ke?

2y ago

hi, saya tukar susu frisolac lepas consult dengan doctor. alhamdulilah anak saya akan berak setiap hari atau selang 2 hari( anak saya 4 bulan sekarang). tapi berbeza sangat texture susu similac dgn frisolac, frisolac ni halus je tepung dia. awak boleh try dulu ni beli kat shopee tin kecil untuk test okay ke tak dgn anak awak. all the best!

xde experience