routine kat wad lepas bersalin

Hi sekarang saya dah 31w & excited nak bersalin 😍 Boleh share experience / realiti apa yang jadi kat ward selepas bersalin especially bab menyusu anak? Lepas bersalin tu berapa lama nurse ambik masa untuk hantar baby ke katil kita? Dan lepas bersalin kita uruskan diri sorang2 ke? Dari segi tukar baju, pad, makan, lain2? Kalau baby dah ada dengan kita, kita terus breastfeed atau kita marmet kolestrum dulu? Bab ni saya tak faham 😅 sebab kawan saya cerita pengalaman dia, lepas dia bersalin haritu susu dia tak keluar. Bila dia panggil nurse, nurse picit puting dia sampai susu keluar sambil marah2 🥲 Sejak masuk trimester ke3 ni baju saya selalu basah sbb susu keluar. Harapnya nanti lepas bersalin pun meriah laa. Tapi breastpump / botol tak payah guna pun lagi kan masa awal2 bersalin? Sebab saya maybe jadi suri rumah je nanti. Btw saya bersalin either kat hospital kajang / hospital seremban heheh #firstmom

10 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

saya baru bersalin dekat hospital seremban bulan lepas, apa saya nak cakap saya memang recommend kalau nak bersalin kat sini. wad bersalin wad baru & selesa, nurses & drs semua baik baik sangat. semua boleh buat borak & gurau. saya pun first mom, kena admit lepas check bukaan baru 2cm. ada hospital suruh balik dulu selalunya, tapi HTJ akan admit patient yang anak pertama walaupun bukaan baru 2cm sebab nak monitor jantung baby, nak elak fetal distress. hari ketiga kat ward baru saya bersalin, pecah ketuban pukul 3am, 4am tolak LR selamat bersalin pukul 6.18am. nurse yang sambut baby and yang ada dalam LR semua supportive, tolong pegangkan kaki kiri kanan and support bagi kita push sampai baby selamat keluar. lepas jahit saya terus dapat skin to skin dengan anak & terus susukan dia. lepas tolak masuk ward balik, ada nurse yang tolong saya bangun untuk mandi & siapkan diri sebab after bersalin tu memang rasa nak pitam je & tak cukup nafas. nurse tu siapkan baby sekali. lepas daripada tu kita kena jaga baby, tukar pampers and tidurkan baby. nervous jugak 1 malam dengan baby lagi lagi kita first mom taktau apa sangat tapi alhamdulillah naluri keibuan tu automatically muncul 🤣 walaupun kat bawah tu still sakit sakit lagi tapi sebab nak jaga baby kita, terus tak rasa sangat sakit tu. bab menyusu pun jangan risau, kalau dekat HTJ nanti ada nurse yang akan check susu awak okay tak, dorang akan picit sikit nak tengok susu keluar tak. bab breastfeeding saya dah belajar & amik class awal awal masa pregnant, so kita tau macam mana nak bagi anak deep latch etc & alhamdulillah anak saya keluar keluar terus pandai latch sampai nurse yang checkkan pun puji baby memang pandai latch. apa apa pun saya memang recommend if nak bersalin di HTJ, selesa sangat. saya dapat 2nd class ward sebab guna GL husband, ward aircond & share 4 katil 1 toilet. 3rd class pun dah selesa sebenarnya cuma 3rd class kipas la tapi okay je.

Baca lagi
1y ago

Tq sis sbb share pengalaman sis. Sy mmg plan nak bersalin sini jugak bulan depan. Sis boleh share x apa je brg2 keperluan beg hospital based on pengalaman sis stay kat HTJ ye?