routine kat wad lepas bersalin

Hi sekarang saya dah 31w & excited nak bersalin 😍 Boleh share experience / realiti apa yang jadi kat ward selepas bersalin especially bab menyusu anak? Lepas bersalin tu berapa lama nurse ambik masa untuk hantar baby ke katil kita? Dan lepas bersalin kita uruskan diri sorang2 ke? Dari segi tukar baju, pad, makan, lain2? Kalau baby dah ada dengan kita, kita terus breastfeed atau kita marmet kolestrum dulu? Bab ni saya tak faham 😅 sebab kawan saya cerita pengalaman dia, lepas dia bersalin haritu susu dia tak keluar. Bila dia panggil nurse, nurse picit puting dia sampai susu keluar sambil marah2 🥲 Sejak masuk trimester ke3 ni baju saya selalu basah sbb susu keluar. Harapnya nanti lepas bersalin pun meriah laa. Tapi breastpump / botol tak payah guna pun lagi kan masa awal2 bersalin? Sebab saya maybe jadi suri rumah je nanti. Btw saya bersalin either kat hospital kajang / hospital seremban heheh #firstmom

undefined profile icon
Tulis jawapan
Jadi orang pertama untuk membalas!