routine kat wad lepas bersalin

Hi sekarang saya dah 31w & excited nak bersalin 😍 Boleh share experience / realiti apa yang jadi kat ward selepas bersalin especially bab menyusu anak? Lepas bersalin tu berapa lama nurse ambik masa untuk hantar baby ke katil kita? Dan lepas bersalin kita uruskan diri sorang2 ke? Dari segi tukar baju, pad, makan, lain2? Kalau baby dah ada dengan kita, kita terus breastfeed atau kita marmet kolestrum dulu? Bab ni saya tak faham 😅 sebab kawan saya cerita pengalaman dia, lepas dia bersalin haritu susu dia tak keluar. Bila dia panggil nurse, nurse picit puting dia sampai susu keluar sambil marah2 🥲 Sejak masuk trimester ke3 ni baju saya selalu basah sbb susu keluar. Harapnya nanti lepas bersalin pun meriah laa. Tapi breastpump / botol tak payah guna pun lagi kan masa awal2 bersalin? Sebab saya maybe jadi suri rumah je nanti. Btw saya bersalin either kat hospital kajang / hospital seremban heheh #firstmom

10 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Sy bersalin ceaser dekat hospital serdang rasa mcm worst experience ever lepas settle operation nurse terus letak baby kat sebelah n suruh menyusu mmg gila lah. Tak tahu pulak procedure kerajaan mcm ni. Dengan pening n mamai kena bius perut kena jahit tapi semua kena handle sendiri husband boleh dtg waktu melawat je baby sy pulak asyik menangis while baby org lain diam je so makin stress fikir. Bagi susu pun anak mcm tak minum. Panggil nurse untuk ajar cara penyusuan yg betul pun kena marah. Nk ke toilet susah n sakit nk berjalan so kena jalan sangat slow, baru je masuk toilet anak terus menangis tapi takde siapa pun tolong.

Baca lagi
1y ago

kesiannya sis punya experience ☹️hopefully everything is okay now ngn baby semua ♥️