"Hmm...Sedapnya Ibu Rasa Coklat Chipsmore Oats Ini" Nak Lagi Boleh?

Sebut saja Chipsmore pada anak, tentu mereka berlari girang untuk mendapatkan biskut paling lazat ini, sekaligus merasai kelazatannya dengan penuh rasa nikmat kerana ia diselaputi dengan keenakan rasa coklat. Nak-nak pula, Chipsmore di bawah jenama Mondelez International sekali lagi mengangkat selera peminat setianya dengan memperkenalkan variasi baru yang diberi nama Chipsmore Oats yang menawarkan rasa coklat yang sama namun ia digabungkan dengan Australian Rolled Oats yang sihat. Produk kesayangan ramai yang telah berada di pasaran sejak 29 tahun lalu ini, telah menambah banyak faedah pemakanan dan nutrisi ke dalam biskut Chispmore Oats bagi menggariskan matlamat dalam memantau pengambilan makanan sihat di kalangan keluarga di Malaysia. Dalam masa yang sama memenuhi permintaan peminat Chipsmore yang ingin rasai produk ini dengan rasa yang lebih enak dan berbeza. Apatah lagi, sejak beberapa tahun yang lalu semakin ramai rakyat Malaysia telah bergerak ke arah pemilihan makanan yang sihat dan oat menjadi pilihan utama mereka dalam mendapatkan diet yang sihat setiap hari. Ternyata dengan Chipsmore Oats ini dapat melengkapi selera pencinta oat yang semakin meningkat di negara ini. Buat penggemar Chipsmore, variasi terbaru ini boleh didapati di semua pasaraya terkemuka atau kedai runcit di Malaysia. Biskut ini didatangkan dengan dua rasa iaitu Chipsmore Oats Original dan Chipsmore Oats Double Choc. Kedua-dua perisa terdapat dalam tiga jenis pembungkusan iaitu: - Mini Chipsmore Oats / Double Choc berharga RM1.89 - Chipsmore Oats / Double Choc berharga RM3.86 - Chipsmore Oats / Double Choc Mini 8 Handy Multipack berharga RM5.89 Ha...lepas baca ini apa lagi tunggu jom dapatkan Chipsmore Oats kesukaan anda sekarang!!!

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan