Mkn nenas 11w

Sbnrnya bole ke x mkn nenas first trimester?? Byk npk doktor kat tiktok dn mna2 statement kata bole je asalkn x brlebihan.. 😅 #11w #ingintahu Edit: dah makan sikit2 semalam. Yg msk. Bole la lepas buat raso2 🥺🥺Alhamdulillah so far going well ❤️❤️

28 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Boleh baca penerangan dr doctor imelda balchin pakar o&g Seorang ibu hamil dah nak dekat due date. Dia tanya, “Dr Imelda, kalau saya nak cuba makan nenas, untuk induce labour, boleh tak?” Inilah jawapan saya: Saya tak pernah pun menghalang sesiapa pun makan nenas, dari sebelum hamil, permulaan kehamilan, pertengahan kehamilan, penghujung kehamilan, selepas bersalin atau pada bila-bila masa pun, selagi tiada allergy kepada buah nenas. Nenas itu salah satu dari buah-buahan berkhasiat. Inilah makanan semulajadi sihat kurniaan Allah. Nenas tak pernah berjaya digunakan untuk menggugurkan kandungan ibu hamil. Sudah ramai ibu hamil yang pada mulanya tak mahukan anaknya, pun dah kata mereka dah cuba makan banyak buah nenas pun tak berjaya gugurkan kandungannya. Mereka datang berjumpa saya di klinik kehamilan saya sebab berubah fikiran dan nak meneruskan kehamilan tetapi risau tentang anak di dalam kandungannya. Saya bagi kaunseling kepada mereka untuk meneruskan kehamilan mereka walaupun dah makan banyak nenas sebab ini tidak pernah memudaratkan anak di dalam kandungan dan makan buah nenas tidak menyebabkan apa-apa kecacatan kepada anak di dalam kandungan. Boleh makan buah nenas semasa hamil. Nenas tidak menyebabkan kelahiran pramatang. Ibu-ibu hamil yang melahirkan anaknya terlalu pramatang ada masalah Cervical insufficiency, bukan sebab dia makan buah nenas. Bila ibu-ibu hamil yang ada masalah Cervical insufficiency yang pernah kehilangan zuriat akibat kelahiran pramatang datang berjumpa saya di klinik untuk rawatan mencegah kelahiran pramatang, saya berusaha menyelamatkan kandungannya supaya sampai ke tahap yang matang. Kebanyakan kali kami berjaya dengan Rawatan yang terbukti berkesan. Saya tak pernah pun menghalang semua ibu-ibu ini yang berisiko tinggi dari makan buah nenas. Alhamdulillah kami berjaya juga sampai ke tahap yang matang dan berjaya melahirkan anak-anak yang sihat dengan rawatan. Nenas tidak pernah berjaya digunakan untuk induce labour. Sudah ramai patients saya yang dah overdue merungut, mereka dah makan nenas pun tak labour juga lagi dan datang ke hospital untuk induction of labour. Teringin nak makan nenas, makan je. Ada banyak khasiat dalam buah nenas. Saya tak pernah larang pun makan buah nenas. Yang saya larang ialah merokok, Vape, passive smoking, minum alcohol, minum ketum, hisap ganja, penyalahgunaan dadah, beli ubat-ubat sendiri untuk merawat sendiri, produk-produk overclaim, makan telur mentah, makan ikan mentah, makan daging mentah, minum susu mentah. Yang saya TAK galakkan ialah junk food, jajan, kek manis tiada khasiat, teh tarik penuh gula, makan berlebihan sampai tak ingat dunia...... Nak makan nenas, makan je. Nenas tak bersalah.

Baca lagi