1 Balas

TapFluencer

berapa jam beza yg pagi 11/3 dengan yg next tu? best time untuk test OPK antara 11pagi sampai 8 malam. jangan guna air kencing pertama awal pagi. yg last tu +ve dah tu. sis teruskan test tak selepas tu? kalau ikut kalendar sis patutnya period 17/3, patutnya around 4-7/3 tu sis dah dapat +ve OPK. dari yg sis share ni tak nampak +ve, tapi boleh jadi sis +ve 7/3 tu atau ada short burst petang/malam 6/3 and sis terlepas. next time once dah dekat2 dengan timing sepatutnya +ve tu, ataupun line makin pekat tapi belum +ve, sis celup 2x sehari. macam saya buat haritu, sebelum zohor sekali, sebelum maghrib sekali. sebab kadang dia short burst je, boleh terlepas kalau celup sekali sehari. kalau around 17/3 nanti sis tak period juga, tunggu 12-14 hari lepas 11/3 tu, maybe sis akan period waktu tu. kadang kita ovulasi lambat dari kiraan kalendar, buat period kita datang lambat juga.

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan