melanjutkan pengajian Master

Saya telah berniat untuk melanjutkan pengajia Master tahun depan memandangkan kehamilan saya masih tertangguh genap 5 tahun perkahwinan dengan beberapa komplikasi. Dengan izin dan kuasa Tuhan, saya baru mendapati hamil 6 minggu pada minggu lepas. Saya bekerja sepenuh masa dan merancang utk membuat master separuh masa sebelum hadirnya kehamilan saya. Mummies sini ada pengalaman sama seperti saya? Mohon kongsikan kerana ini adalah benar2 hamil kali pertama dlm tempoh 5 tahun perkahwinan. Saya tidak pasti perlu saya teruskan pengajian ini atau tangguh dahulu memandangkan saya tidak tahu kondisi journey hamil saya nanti. Terima kasih mummies ?

10 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Kes saya sama macam puan. Cuma saya baru setahun berkahwin. Dan dah start Master sem 1 sebelum tau saya dah 2 bulan pregnant. Saya alami alahan yg sangat teruk sehinggakan terpaksa tamatkan pengajian. Sebab saya juga bekerja pada masa yg sama. Terpaksa berkorban juga

5y ago

Terima kasih atas perkongsian keputusan puan. Semoga diberikan peluang baru untuk teruskan pengajian pada masa akan datang 🌸