Mengandung kali ketiga
Hi. Saya seorang wanita yg menghidap MDD ketika hamil. Ya hanya ketika hamil kerana kurang sokongan dari suami. Saya melahirkan anak nombor dua di usia kandungan 28minggu dan anak saya meninggal dunia 2 hari kemudian. Selepas 3 bulan, kini saya mengandung buat kali ketiga. Suami saya dah berubah. Makin lama balik awal, cuti weekend ikut waktu cuti saya. Kandungan kali ini saya rasa tertekan risau nurse dan doktor di kk akan memarahi saya. Bagi kata semangat buat saya. Saya harap sangat kandungan kali ini anak saya akan dapat ikut naik ke wad tanpa sebarang masalah dan saya juga akan berada dalam keadaan yg sihat kerana dua anak saya yg sebelum ini. Yg pertama seminggu di NICU dan yg kedua meninggal di NICU. Saya jadi trauma dengan NICU. Kalau ikut EDD anak akan ikut bulan birthday saya dan suami. Doakan kami ya.