ibu2 semuaa

saya sekarang 33weeks , bila ye air susu kta keluar? ada ckp dkt2 nak bersalin ada cakap 8bulan dah keluar air susu#mohonbantujawabbunda

18 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

For info susu badan mula terhasil sejak kandungan berusia 16 minggu lagi. Lepas bersalin nanti hisapan baby yang akan meransang pengeluaran susu badan. Saya nasihatkan awak dalami dan belajar ilmu penyusuan dengan betul bermula sekarang. Boleh masuk kelas atau follow free sharing daripada certified lactation counselor yang ada di social media. Saya share kat bawah - Nad Masrom - talksyusu - nyusoo.official - Owh Dydiana - breastfeedwithsimran - Noorfazila bt Abdul Rahman Ada ramai lagi kat luar sana. Boleh pilih ikut preference awak.

Baca lagi
TapFluencer

Ikut badan masing-masing. Macam saya sejurus bersalin dah ada susu. Nurse yg suakan anak ke dada sy Saya tak pernah ambil tahu susu keluar ke tak dlm tempoh hamil. Saya cuma buat urutan biasa (mcm kita cek ketulan) masa mandi. Sebelum semasa dan selepas hamil biasa buat urutan tu.

tgk atas org kot ..ada awal ada lmbt ..Sy first 2 3 kli keluar sblom beranak ..second ni bnyak kali jugak keluar ..lg3 klo Sy cuci nipple tu ..kdg kuo sikit ..Sy mmg xpakai bra kt rumah ..cuace panas mcm ni so bole nmpak la dekat baju

Tak perlu pun untuk air susu keluar time pregnant sebab bahaya boleh pressure baby untuk keluar awal. Cukup hari 1-3 baru belajar keluarkan susu. Lagi bagus sebab baby akan dapat the first colestrum terus daripada badan ibu.

ada jugak kes ditempat sy bersalin xde susu langsung 😅first mom la..mgkin jugk, sy kata balik se try cari tukang urut dlm pantang dan pandai urut air susu keluar byk...cari yg pengalaman byk dah ye mcm mokcik²😅..

Pengalaman sy 2 anak sblum ni, tak de keluar masa pregnant. Tp alhamdulillah lepas bersalin, skin to skin, menyusu, mmg susu ada je. Takde masalah susu tak cukup

TapFluencer

Lepas bersalin, baby hisap InsyaAllah terus ada susu. Sebelum bersalin takperlu risau pengeluaran susu lagi.

sy czer.. 3hari lps bersalin kot baru keluar.. tu pon sbb marmet ngan pam.. sbb anak sy warded...

saya wktu 16 week mcm tu dh kluar susu,sje try picit skali tgk dh ade susu rupanya

air susu sy keluar bnyak 2 hari selepas bersalin..hri prtama sangat sedikit