Mimpi yang bukan bukan. 35weeks

Saya sekadar nak meluah, sebab saya takda tempat meluah selain lantai sejadah. Kadang kadang meluah dekat baby walaupun dia belum keluar lagi. Saya jenis kalau mimpi sesuatu yang menyakitkan, memang akan terus terjaga dan menangis sekuat hati. Semasa awal perkahwinan, 3 kali saya mimpi suami saya curang. Dan mimpi tu memang betul cumanya dia curang semasa bercinta dan bertunang. Selepas kahwin memang dia takda contact sesiapa. Lepastu saya mimpi satu persatu ahli keluarga saya meninggal. Setiap kali terjaga mesti menangis kuat kuat sebab mimpi tu menakutkan saya. Hari hari saya mendoakan kesihatan dan umur mereka. Sekarang pula, dah 2 kali saya mimpi tentang baby. Seminggu sekali. Saya mimpi anak saya dah tiada. Saya mimpi dia pergi walaupun belum sempat tengok dunia. Saya takut. Dalam mimpi saya menangis teruk, bila bangun lagi teruk teriakan saya. Mimpi tu macam bagitau, lately ni baby banyak sangat borak dengan saya melalui tendangan dan pergerakan aktif dia sampaikan saya tidur pun jam 4pagi setiap hari. Sebab dia tau dia nak tinggalkan saya. Saya tak kuat Bila terbayang, saya memang tak mampu nak hadap situasi macam tu. Suami curang pun dah sakit sangat sangat, apatah lagi anak yang kita bawa hampir 9 bulan dalam perut ni pergi macam tu je. Sakit yang tak boleh diungkap. Memang mimpi mainan syaitan, tapi saya tetap rasa risau. Risaukan kandungan saya. Adakah sebab saya stress? Atau saya yang lemah? Atau sebab saya penat? Saya surirumah tapi ada bisnes sendiri. Maaf kalau luahan saya buat ibu ibu marah atau sebaliknya. Saya cuma takda tempat nak meluah. Suami saya ada, tapi dia macam takda :) Saya perlukan kata kata semangat untuk saya lupakan mimpi macam tu. Terima kasih ibu ibu. Maaf habiskan masa kamu membaca luahan saya :)

4 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Mimpi ni mainan tidur. Saya skrg 35w tapi saya perasan masa saya 29w - 31w saya banyak mimpi pelik2. bangun tidur kadang jadi penat dan tercungap-cungap. Kemudian saya tukar tempat tidur di ruang tamu, ada aircon & sejuk. Sejak tu saya takde mimpi pelik2 dah. Ni pengalaman saya lah. Xtahu kalau berkesan utk awak juga. Apepon, mungkin juga mimpi buruk ni sebab kita terlalu risau / banyak berfikir sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Try lah tenangkan diri sblm tidur atau mandi air suam sblm masuk tidur. Badan akan lebih rileks.

Baca lagi