13 Balas

Semasa anda hamil, ujian air gula dilakukan untuk mengesan gestational diabetes mellitus (GDM) atau kencing manis semasa hamil. Jika anda disyorkan untuk minum air gula lebih dari sekali, kemungkinan besar doktor ingin memastikan tahap gula dalam darah anda stabil dan tidak terlalu tinggi. Ini kerana kenaikan berat badan yang tidak terkawal semasa hamil boleh meningkatkan risiko GDM. Sebaiknya berjumpa dan berbincang dengan pakar kesihatan anda untuk mendapatkan jawapan yang lebih terperinci dan selamat bagi kehamilan anda. Tetapkan temujanji dengan doktor anda untuk mendapatkan nasihat yang terperinci mengenai perkara ini. Semoga segala urusan berjalan lancar untuk anda dan bayi yang dikandung. https://invl.io/cll7hzz

mmg minum air gula tu 2x. saya takde family kencing manis pun. dari first pregnant bawak ke pregnant ke 2. mmg kena minum 2x sebab KK takut akhir pregnancy ada gdm. sebab tu kena minum 2x even yg first tu tak sangkut. btw, kalau umur bawah 25, bmi normal, hb okay, sticker buku pink tu warna putih biasa tak kan minum air gula sebab takde risiko. atas umur 25 biasa mmg kena minum jugak..

Memang sekarang minum air gula 2 kali sis. 1st minum masa awal pregnancy. 2nd minum masa 26w ke 28w. Even nurse tempat saya pun cakap sekarang memang 2 kali minum. Ikut doc pulak: 1. Yang first untuk check kalau family history tu terpalit dengan kita jugak. 2. Yang second untuk check if pregnancy kita buat kita ada kencing manis.

Sama mcm saya sekali je minum air gula waktu 28w. Tak ade sejarah keluarga kencing manis. Sekarang dah 32w. Alhamdulillah okay je buat masa sekarang. Minum pun sebab umur atas 25. #secondpregnancy

TapFluencer

dia tengok berapa faktor risiko kita ada. kalau ada 2 atau lebih faktor risiko, kena minum 2x. kalau satu faktor risiko je kena minum sekali. kalau takde faktor risiko, tak perlu minum. ni kalau gov punya SOP lah. kalau swasta maybe lain sikit.

sama lagi, saya ada buku 2021, and 2023. ada ubah sikit2 tapi part tu still sama.

Saya minum sekali je sebab first time dah sangkut 😂 Kalau tak kena minum 2x jugak huhu. Family history. Mujur lepas bersalin minum tak sangkut dah

Iya betul masa dpt result first time tu doctor gelakkan dia ckp dah sangkut dah ni jadi next takyah minum lagi sebab patutnya kena minum 2x. Tp saya gdm on dc je tak sampai makan ubat or insulit. Lepas bersalin nurse suruh minum minggu ketiga to make sure diabetes tu hanya pembawakan time pregnant & bukan permanent. Then kena nasihat jaga makan apa semua la takut 1 day dpt diabetes

Saya pon kene minom 2 kali.sebab bmi saya xbalance so die suroh mnom utk kali kedue utk tgk kita ada kencing manis atau tak.

kalau 1st minum tak sangkut memang akan kena minum utk kali ke 2. lagi² kalau ada family history yg ada kencing manis

Sy pon minum 2kali sbb obes.. First masa 10week.. Second masa 24 ke 28week .. Alhamdulillah xsangkut

ayah sy kencing manis, dr awal mmg dh diberitahu kena minum 2x.. tapi dua2 sy clear

selalunya if 1st test pass, ada 2nd test. tmbh fmly ada history, so its normal.

Soalan popular

Artikel Berkaitan