65 Balas
Suami boleh dicari tapi anak tak boleh diganti. Sayangi lah diri sendiri & baby dalam kandungan. Kalau time pregnant pun dia dah angkat tangan nanti kalau sis berpantang mcm mana agaknya ye? Silap-2 lagi teruk dia buat perangai and sis akan meroyan takut baby yg jadi mangsa. My personal opinion is, tak perlu lah sis nak hidup dalam hubungan yg toxic ni. Kalau dia nak ada skandal lain atau nak buat perangai biarkan. Sis teruskan hidup, jaga kesihatan & kandungan baik-2. Mintak tolong family kalau sis perlukan pertolongan. Jngn diamkan diri. Tambah-2 sis tngh pregnant skrg ni. Jawapan kepada persoalan sis di atas, hanya sis yg boleh tentukan sama ada perlu stay atau tak.. kami yg baca ni hanya boleh bagi nasihat sahaja. Tapi kalau sis pilih utk stay, sampai bila sis nak jadi punching bag dia? Tak takut ke kalau nanti baby yg jadi mangsa? Lagi satu, sis tak kesian dekat diri sendiri ke? Hidup dalam keadaan berlinang air mata & mkan hati atas sikap suami.. kalau perlu berpisah, berpisah je lah sis asalkan sis & baby selamat. Sis tak perlu nak rasa rugi hilang suami tak guna mcm tu sebaliknya dia yg perlu rasa rugi & kehilangan besar. Tolong sis, selamatkan diri dulu. Tolong lah syg diri sendiri, kesian baby dalam perut tu. Saya percaya, semua perempuan terutamanya isteri mesti nak bertahan tak kira apa pun keadaan suami tapi kalau dah melibatkan perbuatan curang ni auto rasa tawar hati. Tak semua org layak diberi peluang kedua sbb tak semua yg menghargai peluang tersebut.
Sedih mendengar keadaan yang awak alami. Dalam situasi seperti ini, keselamatan awak dan bayi dalam kandungan perlu diutamakan. Kekerasan fizikal semasa hamil boleh membawa kesan buruk bukan hanya pada janin tetapi juga pada kesihatan mental dan fizikal awak. Pertama sekali, adalah penting untuk mendapatkan bantuan. Jika suami tidak menunjukkan penyesalan dan terus menggunakan kekerasan, itu tanda yang serius bahawa keadaan mungkin tidak akan berubah. Pertimbangkan untuk berkongsi masalah ini dengan ahli keluarga atau rakan terdekat yang boleh memberikan sokongan moral dan fizikal. Kedua, dapatkan bantuan profesional seperti kaunselor perkahwinan atau pakar psikologi yang boleh membantu awak mencari jalan keluar. Mereka boleh memberi nasihat yang lebih khusus tentang bagaimana menangani situasi ini. Ketiga, jika perlu, jangan takut untuk mengambil langkah perundangan demi keselamatan awak dan anak. Meskipun langkah ini nampak berat, ia mungkin perlu untuk memastikan keselamatan jangka panjang. Jangan lupa untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan awak sebagai ibu hamil. Pastikan awak ambil suplemen yang diperlukan untuk kehamilan. Saya cadangkan produk di pautan ini https://invl.io/cll7871 untuk memastikan badan awak mendapat nutrisi yang mencukupi. Ingat, keputusan apa pun yang awak buat akan memberi kesan jangka panjang pada awak dan anak. Pilihlah yang terbaik untuk kesejahteraan masa depan kalian berdua. Jaga diri baik-baik. https://invl.io/cll7hzz
klu dh kne pkul dh kira red flag dh puan.tak pyh kisah klu nk rs mcm rugi klu lepaskn maybe dia kje bgus .gji bsr..rumah kete ada segalanya ada ..tp cuma baran xblh kwal.puan nk ke next time puan dan ank pula jd mngsa.kita hidup ni prlu brkasih syg bukan utk djdkn punching bag lepas amarah.mak ayh kita jg kita punyala elok takan kita nk menyerah bdn kita ni utk di pukul.sdgkn dh jelas nyata dia ada skandal.takan puan msih nk brtahan.dr situ kita dh tw dia tak prlukan kita..kalau dia syg kita..dia xkn buat mcmtu.kita berhak tuk bhagia dan di sayangi.perkahwinan ni satu perjudian sbnrnya.dan bahagia tu kita yg perlu create bak kata ustaz duke.tp jika kita yg try create bhgia dan nk dpt family yg sakinah mawadah warahmah tp husben kita xnk jayakan bersm mcmne.in shaa Allah rezki puan pd ms akan dtg Allah akan gntikn yg lebih baik dan terbaik.dan rezki Allah ni luas. sy doakan mg smuanya baik2 shj dan dpmudahkan segalanya Allahuma amiin dan plz kuatkn smgt demi ank.taking care with the big hug🫂
slm sis..boleh pergi pjbat agama..fail penceraian..lelaki kalau da ade prempuan lain..mtk maaf sis..lg truk khidupan sis lepas ini..berubah?xmgkin sis..hati dia hidup dia pd org lain skrg..sme mcm mak sy kena..mak sy sebaik2 isteri,bila bpk sy ade prempuan lain..dia pukul mak sy,hina mak sy,jual rumah yg kami tgh duduk..smata2 nk kawen dgn janda lain..trok mak sy kena pukul..sy yg teman mak g hospital jahit lutut n kepala mak..wlpon mse tu sy bru 6taun..semua sy saksikn dgn mata sy sndiri..n skrg umor sy da 33taun..benda tu masih lg dlm ingtan sy ...mak sy sorg cina..masuk islam sbb berkhwin dgn bapak sy..tp bpk sy biarkn mak sy sorg2 terkontang kanting..be strong sis..hidup ni mmg tempat untuk diuji,bincang dgn keluarga awk ,ade yg boleh tanggung awk ke smntra awk nk lahikn ank nnti..sbb semua perlukn duit n masa ..nk checkup tiap bulan..kalau da hbs pantang nnti bina hidup baru..carik kerja..bela ank tu ..kalau fmily pon susah xbole nk membantu awk pergi kementerian pembangunan wanita n masyarkt..tiap negeri ade agensi tu..cuba google tgk mana lokasi..pergi sne bincang dgn diorg..sikit sbyak diorg boleh membantu..
anak Tu punca rezeki awak..jaga diri baik2..takde suami Pon takpe..g report gomen hsptl utk kecederaan then buat police report..then g failkn aje..bukan jadi batu API..tp suami mcm Tu xperlu kesian..awak kesian kn diri awak dgn anak..anak dlm Rahim awak Tu dengar semua nya..anak lebih memahami..sy dulu janda 4thn lebih. once suami angkat tgn, mlm Tu jugak sy ke HSA buat report kecederaan, then buat police report utk standby.then failkn cerai Cara baik. in fact, before cerai Tu Pon hsbnd xtau yg sy dah report psl dia haha..so,bila dia NK ugut2 xnk cerai..sy tunjuk semua bukti..terus dia xbrani nak ugut2..settle Kes x smpi 2week jatuh talak..alhamdulillah..hidup bahagia dgn anak lelaki smpi jumpa jodoh baru Lepas 4y plus..skrg da pregnant bahagia..sy dgn ex co parenting x gaduh psl jagaan anak..percayalah Aturan Allah lebih baik..xguna ngadu kat sini..kuarkan hati settle kn masalah satu2..moga semua dipermudahkn semua urusan Puan..
PELUANG APA SIS??? Peluang sis kena pukul depan anak lepas ni?? Peluang anak sis tak hormat sis & wanita lepas ni akibat tgk sikap bapanya yg kerap pukul ibunya?? Atau Peluang anak sis pun dipukul sama??? OMG sis wake up! He don’t even love you! Pukul you! Siap ada perempuan lain! And you are talking about peluang??? Stop it la sis. Pls sedar, dan be firm dgn keputusan utk BERCERAI!!! Sampai mampos pun jgn bagi dia tgk anak you! Settle iddah, block him everywhere! Change your phone number. Jgn bagi peluang sikit pun kat jantan macam ni. Jenis laki takda perikemanusiaan ni tak layak dapat apa2 peluang. And you sis, MOVE ON! Dekatkan diri dgn Allah. Allah Maha Mengetahui. Mana tau Dia bagi you lelaki yg jauh lebih baik selepas ni yg lebih sayangkan anak you berbanding laki tak guna tu. Kumbang berjuta2 dalam dunia ni. Takda guna utk bazir hidup dgn sampah.
Dh kena pukul masa mngdung pon masih nak bertahan lagi …… hello nak tnggu mati ke baru nak apa ….. bukak la mata tu … xkisah la ank anak pertama atau apa …. Fikir dlu pasal diri sndiri & anak ….. ni kali ke3 dh kna pukul boleh mintak pndpt lagi ….🤦🏼♀️ pergi bawak surat balai tu … surat hospital … pergi trus makamah…. Xyh duduk umah tu lagi …. Kluar dripd situ …. Sorry mmg saya ckp kasar sikit sbb nak bgi sedar …… apa kalau bercerai anak tu jadi apa? Xboleh nak sekolah ? Xboleh hidup? itu nasib baik dia pukul awak dgn anak dlm kandungan tu x mati …… Fikir sis Fikir …..
sis.... kalau saya lah sis..sekali lelaki yg bergelar suami ni angkat tangan angkat kaki kat saya memang sampai ke mati saya takkan lupekan.. mak ayah saya pun tak pernah pukul saya ..inikan kalau suami tu memukul dengan teruk hingga menyebabkan kecederaan.. sis jgn lah sis...ni baru mcm ni..kang lama lama ntah apa dia buat kat sis dan anak sis tu...hubungan macam ni beyond repair dah sis...tambah zaman modern sekarang banyak orang kurang siuman.. sis utamakan diri sis dan anak sis dlu ya.. suami sis tu ade skandle...lantak pi dia sis... be strong mom sis demi anak first sis ni sis...kalau sis masih berbelah bahagi ..minta lah nasihat counselling kat pejabat agama sis ya. saya doakan semua berakhir dengan baik ya sis amin.
dalam situasi sekarang , pada pendapat saya...lebih baik puan utama kan diri puan sendiri dahulu ... puan kena syg diri puan... jika betul suami puan sygkan puan, sudah tentu die lebih utamakan puan dalam keadaan puan berbadan dua sekarang... jodoh pertemuan ajal maut telah ditentukan oleh Allah .. tapi kite sebagai manusia perlu usaha utk mendapatkan yg terbaik dlm hidup kita... puan jgn tggu sampai dh gugur kandungan baru nk ambik tindakan.. doalah spye Allah beri kekuatan utk puan dan ank yg bakal lahir kelak.. buat apa kita nk bertahan utk si dia yg x menghargai kewujudan kita... kalau si dia kata kita yg dicintai xkan wujud perempuan simpanan dlm hidup dia...
Saya ada pengalaman mcm sis juga...tapi msa tu sy bertahan hingga ank5...bygkn dh byk peluang sy bagi...n dah nak ke5 sy buat report n dia dipenjara selama setahun dlm msa yg sma doktor diagnose dia pghidap bipolar....tapi sis, kesan sy bertahan lama menyebabkan ank2 trauma walaupun mereka x dipukul,jdi saksi sy dipukul...sy bercerai selepas 3 tahun,n berkahwin lain...Dia pun skrg dh meninggal dunia..anak yg sulung sekarang 18 tahun menghidap skizofrenia,mgkin kesan masa kecilnya yg agak kelam.Jadi sy mencadangkan pd Sis..agar bfikir untuk jangka masa panjang ye.
cinta hati