PERKONGSIAN BERSAMA #COPYPASYE

Saya pun sama macam korang semua ni. Runsing duk pikirkan nasib kesihatan anak-anak bila jumlah yang dijangkiti Covid19 ni makin melambung naik. Semalam je dah cecah 400 lebih kes sah positif. Tu yang buatkan ramai tengah duk berkira-kira untuk nak lepaskan anak ke sekolah buat masa ni. Ye lah, susah payah isteri kita menanggung sakit perit mengandung 9 bulan, kita jaga elok-elok budak tu dari dia kecil, takkan lah tiba-tiba kita sanggup nak biarkan dia terdedah pada risiko jangkitan virus yang dah meragut lebih sejuta nyawa manusia ni. Sebab tu nak tak nak, selain elakkan anak kita tu hadir ke kawasan berisiko tinggi buat masa ni, tolong jugak pastikan kita jaga betul-betul 5 perkara ni supaya imuniti badan si kecil tu kekal kuat dan berada pada tahap yang terbaik. #1- Tolong jauhkan junk food dan fast food dari anak kita. Benda ni mudah benar nak lemahkan antibodi anak kita hingga senang diserang penyakit. Cek balik stok makanan kat rumah tu. Lebih baik kita penuhkan peti sejuk dengan buah-buahan yang kaya vitamin C daripada letak jajan dan keropok yang akan rosakkan gigi dan gusi. #2- Semak balik berapa lama waktu si kecil tu tidur setiap hari. Tak cukup tidur akan kurangkan production Cytokines, sejenis protein yang sangat penting untuk kuatkan imuniti badan anak kita. #3- Kita galakkan mereka untuk banyakkan aktiviti fizikal samada kat dalam rumah atau dekat laman. Kalau kita dapat join sekali lagi cantik. Regular physical activities ni bagus untuk support perkembangan tubuh badan dan mental kanak-kanak seterusnya kurangkan risiko dia jatuh sakit. #4- Tolong halang perokok dari hisap benda beracun tu duduk dekat dengan anak kita. Yang hisap vape pun sama. Naudzubillah, kalaulah perokok tu positif covid19, asap rokok atau wap vape yang dia hembuskan tu akan bawak sekali partikel virus maut tu lalu tersebar kat udara dan menjangkiti orang lain kat sekeliling. #5- Ingatkan si kecil tu setiap hari tentang tabiat jaga kebersihan yang tepat. Kita pun kena tunjukkan contohnya sekali ye. Pakai mask bila berada kat tempat awam, selalu bersihkan tangan dan amalkan social distancing. Kuman dan virus sukar nak membiak kat tempat yang bersih. Tolong #share artikel ni dan bantu saya kongsikan ilmu penting ni pada semua mak ayah kat Malaysia ni ye. Ini tanggungjawab besar kita semua untuk nak pastikan nyawa anak-anak kita sentiasa dalam keadaan selamat. Dr Ahmad Luqman Bukhari. Jemput follow FB saya dan set See First supaya mak ayah semua tak terlepas ilmu mahal berkaitan kesihatan si kecil kita. Join jugak channel telegram https://t.me/notaALB. Dah ada lebih 28 ribu mak ayah yang betul-betul prihatin duk belajar tentang kesihatan anak kat dalam sana. #notaDrALB

1 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Good sharing 👍🏻👍🏻👍🏻 #TAPsupermoms

Post reply image