Ganti puasa

Saya pregnant start bulan 6 dan saya tak sempat nak ganti puasa tahun ni. Bukan say tak nak ganti tapi:- 1. Masa trimester 1-2 saya mengalami alahan yang kuat, dan hb agak rendah, cuba puasa tp sakit dibahagian perut dan tak larat (mcm pusing2) 2. Saya cuba puasa lagi selepas saya dah bebas dari alahan, tp kerap kering tekak, sakit dibahagian perut. Tak bermaya ( mungkin sbb hb low) Saya nak ganti sebab lagi 9 hari :( tapi mcm mana tu? btw saya dah 31 week , dan saya nak yang tahu mengenai masalah ni share solution dgn say boleh? :) ** jangan anggap saya mengada tak ganti puasa awal, sbb saya x sangka saya pregnant

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

tiada paksaan untuk ibu mengandung dan tak salah untuk cuba, tapi jangan paksa. you know your body better.