Baby Prem
Hi, saya nak tanya, perkembangan baby prem macam mana ya? Sy bersalin 35weeks and skrg anak saya dah masuk 4 bulan tapi masih belum boleh meniarap lagi. Normal ke?


Salam sejahtera puan, untuk makluman anda, bagi bayi yang lahir pramatang, perkembangan bayi akan lebih lewat sedikit kerana pengiraan usianya tidak sama dengan bayi yang lahir cukup bulan. Bayi puan yang lahir pada 35 minggu, dikira baru berusia 2 bulan 3 minggu kerana bayi puan lahir 5 minggu lebih awal. Oleh itu, puan tidak perlu risau jika perkembangan bayi puan lewat sedikit dari bayi seusianya kerana pada hakikatnya bayi puan belum mencapai usia tersebut. Anda boleh layari www.DoctorOnCall.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sebarang masalah kesihatan atau bercakap dengan doktor bertauliah secara atas talian. Terima kasih.
Baca lagi


