EDD KK berbeza

Hi saya nak tanya kenapa EDD yang KK bagi berbeza eh dengan swasta sebab saya buat checkup dekat KK and juga klinik swasta. My LMP is 14 May 2024 EDD KK 19 February 2025 EDD swasta 18 February 2025 So setiap kali kira gestation age mesti akan beza sehari taktau la nak ikut yang mana satu kalau orang tanya real edd. Bila jawab 18 kk cakap 19 bila cakap 19 swasta cakap 18. Pening sis btw my period cycle normally 27-28 hari #bantujawab #firstmom

27 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Takpe sis.. Saya punya EDD pun ada 2 dan jarak jauh. 12/6 dan 23/6 so Dr cakap ok sahaja within 2 weeks ni. Now follow yang Dr pakar suggest which is 23/6. Tapi saya tahu by masuk bulan 6 dah kena standby je nak bersalin. Baby masuk 7 bulan beg baby dan mak standby dalam kereta sentiasa