Prosedur Buka Buku Pink 2025

Hi, saya nak tanya kalau nak buka buku pink sekarang ni, betul ke kena buat test HIV dulu? Dengar dengar suami pun kena datang sekali DAN buat test HIV jugak? Saya #1sttimemummy so tak berapa nak pasti, ada yang kata suami pun kena buat HIV test, ada yang kata tak payah, ada jugak kata ikut KK/klinik tempat tinggal.... pening dibuatnya 😅 Siapa yang baru bukak buku pink minggu lepas atau minggu ni boleh share tak pengalaman korang kat sini. Nak tahu gak macam mana step sekarang. Mekasih!

37 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi sis, bulan 7 haritu Sy baru bukak buku. Memang datang check up dengan suami. Selepas dah dipanggil giliran dengan nurse KK, bagi sampel air kencing n ambil darah. Next, nurse panggil suami pulak untuk test hiv jugak (result dapat hari yg sama). Jangan risau, misal kata awak datang sorang, nurse nanti akan tanya bila suami boleh datang cucuk (terdengar ada nurse tanya mummy ni yg dtg sorg time appt). Kalau nak senang tanya je terus dekat klinik tu kne bawak apa time first appt & perlu tak suami datang sekali buat hiv test.

Baca lagi