perut kecil walaupun sudah 5 bulan

hi.. saya nak tanya.. ada ke sesiapa situasi mcm saya.. kandungan dh 5 bulan tapi perut still kecil.. tak berapa nak nampak sgt pun perut 😞kadang tu risau juga 😓#firstbaby

28 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Takpe perut kecik senang kempis balik sis, janji baby dlm perut sihat. kalau perut besar tu susah sikit nak kempiskan balik. Ambik masa nak hilangkan lemak apa smua, saya pon kecik jgk. Cuma kdang tu rasa gatal perut dah rengang sikit tiap kali lpas mkn. Mak saya kata jgn dgar sngt mulut org ckp eh keciknya perut. Biarkan je 💪🏻👍🏻

Baca lagi

Takpe je kalau perut kecil. Bukan ke lagi bagus mcm tu.. lagi senang nak bergerak dan nk kurus balik lps bersalin. Asalkan baby sihat, ok la.. Sy masuk 8 bulan baru perut nampak besar. Dah susah nak berjalan, menunduk, solat pun duduk je. Jangan risau ok sis. Kalau org tegur, terima tu sebagai pujian 🤭

Baca lagi

janji bila scan, baby sihat. saya bulan ke 7 baru nampak pregnant, kalau sebelum tu nampak mcm bloating sikit je. lagi pulak anak pertama, selalu nya memang perut kecik berbanding dengan pregnancy berikutnya..

Kemarin sehari ada 2 org tegur saya perut kecik.. diorang tanya dah berapa bulan , sy cakap dah 8. Bulan , next month due.. diorang kata perut kecik je xnampak sgt… Mungkin sebab sy tinggi n berbadan besar kot…

Saya pun 5 bulan. Perut kecil. Mcm buncit je. Hehe. 1st pregnancy. Ramai jgk tegur perut kecil tp sy ignore je. Sbb kbetulan kwn ofis pun prgnant. Nak masuk 6 bulan tp perut x besar sgt jgk.

biasa sis. Saya 6 bulan pun perut kecik lagi tak nampak. Doc cakap anak pertama biasa macam tu. Tapi kalau mak nya kecik lemak tak banyak memang perut kecik pun. Janji anak sihat.

Its okay, yg paling penting baby awak sihat, awak pun sihat, saya masuk 9 bulan baru nmpk perut. InsyaAllah hujung bulan 1 ni bersalin, doa kan saya mudah bersalin☺️

In shaa Allah takde apa. Janji scan perkembangan baby sihat okay je. Dia ikut badan ibunya juga. Ada orang 7 bulan keatas baru nampak baby bump yg obvious

sama macam saya.. saya pun 5 bulan lebih perut masih kecik. tapi bila scan baby semua okay. masih boleh pakai baju saiz S 😅 perut tak naik lansung.. #firstbaby

2y ago

Sama sis..kdg2 risau jugak baby ok ke x😅.sbb ramai tegur kenapa perut kecik sngt🥲

normal awak. saya masa 5-6 bulan perot tak nampak juga . tapi masok 7 bulan baru nampak perot . masok 8 bulan da besar da perot 😅 tak boleh sorok da