Bayi batuk selsema
Hi, saya nak mintak pendapat sebab buntu sangat. Maaf post agak panjang. Bayi saya umur 4 bulan, dah 2 hari selsema batuk tapi tak demam suhu bawah 37. Saya dah bawak jumpa doktor tapi doktor kata baby okay je takde masalah cuma hingus sikit je and doktor bagi ubat syrup utk batuk selsema tapi ada doktor pakar pernah bagitahu saya jangan kerap bagi baby ubat sebab nanti kacau antibody dia so saya risau nak keep on bagi ubat syrup ni. Masalahnya sekarang bayi saya merengek bila tidur and kerap batuk bersin keluar hingus. Saya ikhtiar mandikan dengan pati lemon, wap lemon/bawang, guna sterimar, tepuk percussion dan sedut hingus banyak mukus yg keluar . Jadi saya musykil doktor yg diagnos baby saya ni betul ke selsema biasa je. Patut tak saya bawak pi klinik lain utk ambil neb sedut hingus or bagi syrup tu continuously sahaja?