Stress kerja due date dah dekat

Saya just nak luahkan apa yang saya rasa, sy mengandung 37 minggu due date 20/12. Tapi sy masih lagi berkerja selagi tak bersalin. Saya rasa sangat stress sebab dah tak larat nak pergi kerja nak kena arah itu ini dengan boss. Saya pula berkerja di kaunter kena hadap dengan kerenah customer. Boss boss atas pula tak faham bila saya mc je cakap tahun ni mc saya kerap mc. Saya mc sebelum2 ni bukan saje2 tapi sebab alahan and macam macam penyakit and masalah saya hadap semasa saya pregnant ni. Btw saya ni first mum. Saya taktahu nak buat apa. Rasa macam nak resign pon ada. Nak tunggu bersalin lambat lagi baby pon tengok masih seronok dalam ni takde lagi tanda tanda bersalin. 😭#firstbaby #bantusharing

6 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya faham. Dulu ada satu officemate saya macam awak. Awal tahun 2021 dia ada miscarriage, dapat mc 10 hari. Tahun yg sama dia kena covid, so quarantine. Kemudian pertengahan tahun mak dia strok pulak dalam masa yg sama dia pregnant due mac 2022. Ambil AL sebab ulang alik checkup KK. Masuk 2022, kenaikan gaji dia RM30 je alasan boss dia banyak sangat cuti and ungkit cuti 10 hari dia tu padahal itu cuti keguguran tu 🙂 tak semua org nak faham keadaan kita. Apa lagi kalau boss nya lelaki. Tapi boss perempuan pun sama. Kadang time dia pregnant dia takde masalah tapi dia assume semua org yg pregnant sepatutnya takde masalah mcm dia jugak 😑

Baca lagi
3y ago

Itulah tak semua orang faham and rasa apa yang kita rasa. Apa apa pon tq respond and dengar luahan. Semoga dipermudahkan urusan 👍🏼