Saya ingin bertanya. Pasangan saya hamil 5 bulan. Kami sudah melakukan pendaftaran di JPN untuk berkahwin. Tetapi sebelum tarikh yg ditetapkan untuk kami mengangkat sumpah. Pasangan saya mula berubah dan membatalkan perkahwinan kami di JPN. Kerana sekarang dia dijaga oleh datuk dan nenek nya kerana dia berjauhan dengan ibunya. Datuk dan nenek pasangan saya tidak menyukai perkahwinan kami sehingga memaksa pasangan saya untuk memutuskan hubungan dan mengugut saya supaya tidak menganggu cucu nya lagi. Disebabkan sayangkan datuk dan nenek dia terpaksa meninggalkan saya membawa kandungan yg sudah mencecah 7 bulan. Saya ingin bertanyakan pendapat dan pertolongan kerana saya sayangkan bayi dan risau dengan keadaan bayi tersebut. Apa yang boleh saya lakukan dan adakah saya masih dianggap merogol sedangkan saya ingin bertsnggungjawab? Saya ingin mengetahui apa yg perlu saya lakukan dan apakah undang2 yang berkaitan bagi yang bukan islam
LORA