Cirit birit

Saya HB low. Sebelum ni makan iron tablet yang kk bagi tapi makin turun. Kemudian doktor tukar ke iberet. Baru 4 hari makan tiba tiba hari ni bangun pagi rasa pedih ulu hati, berangin asyik kentut sj & cirit birit banyak kali (dalam 5-6 kali). Perut rasa cekang berangin. Bila makan nasi baru dua tiga sudu rasa tersekat dekat dada lepas tu terus muntah sedangkan sejak masuk trimester ke2 ni dah lama tak muntah. Saya minum air kosong ja la sebab takut dehidrasi sementara perut tak selesa tu. Adakah memang normal bila makan iberet jadi cirit birit atau tak normal. Ada tak ibu yang lalui benda yang sama? Risau juga kalau efek pada kandungan 😥. 1st time jadi gini #ingintahu #firstbaby

1 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Sy mkn ubt kk, jd mcm sis (dada sempit). Jd sy tukar mkn iberet, so far ok saja.. Mungkin sis tak serasi. Cuba tukar ke obimin/maltofer.

3y ago

Ok sis sama2 ☺️