Klinik Swasta atau Klinik Kerajaan?

Saya first time pregnant, nak tanya pendapat korang mana lgi bagus utk buat buku pink? Klinik swasta atau klinik kerajaan ye ? Saya tggal kt area batu caves, gombak. Ada tak sape2 tahu klinik kerajaan atau swasta yg terdekat dgn area ni 🥺 Mohon bantu saya 🙏🏻

6 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

dear, kalau awak nk bersalin kerajaan.. sebaiknya buka buku pink di kerajaan. kalau awak nk bersalin private pon better awak buka buku pink atau buat buku dua2 side pon xpe mcm org berasalin swasta biasa buat. sebabkan. buku pink tersangat lah detail. awak kne call klinik ibu anak terdekat. mcm sy buku pink sy buka di klinik desa shj tiada menunggu lama. tp pengalaman sy, KK xderla menunggu lama mana. yg lama bg sy kalau sis ade masalah kandungan sprt gugur ke apa yg kene refer O&G hospital besar. itu mmg tersangat sangat lah lama. sbbkan sy pernah gugur n serik tunggu lama fi O&G. sy decide bukak buku pink minggu 10 slps sy betul2 pasti ade heartbeat baby. tp sebelum minggu 10 sy akan follow rapat checkup n scan di private.

Baca lagi

Semestinya kerajaan. Sebagai rakyat malaysia mari lah kita guna segala kelebihan yang diberikan pada kita. Swasta kebanyakannya hanya buat bisnes sahaja. Klinik/ hospital kerajaan juga yang betul2 jaga kita dan of course mesra poket. Cuma masa menunggu agak lama tu biasa la sebab sebenarnya sekarang swasta pun dah ramai orang kdg kena menunggu jugak

Baca lagi

sy ank first check up kt swasta smpai ank lahir masih swasta..tgh preg ank kdua ni sy buka buku pink kt kerajaan ..sbb sy da tahu kos perbelanjaan swasta cm mn..klu nk plan bersalin kt swasta pdpt sy baik sis buka buku pink kt kerajaan bersalin kt swasta☺️

buka la buku kt klinik kerajaan,kalau nk check up kt swasta blh je..biasa buku pink dr kerajaan lebih lengkap banding swasta punya

Saya pilih swasta, sebab saya seorang yang tak suka menunggu lama. Swasta sekarang full detail macam KK, bayaran pula tak mahal.

1y ago

Setiap kali jumpa dalam RM70-RM90 (consultation & scan) sebulan sekali. Kalau supplement kebanyakan doktor swasta bagi ganilia. Nak bersalin kat kerajaan pun boleh, sebab kita ada rekod. Tapi kalau kat KK awak senang, tak payah tunggu lama better KK. Saya sebab mmg tak suka KK dalam bandar, sangat lama proses dia

kk utk follow up..kalau scan baby minum air gula saya g swasta..