BABY AND MUMMY SHOPPING

hi, saya first time mum. skrg baru 9 weeks 3 days, cuma nak tahu bila waktu yang sesuai untuk shopping barang baby ya? and untuk mummy bila waktu yang sesuai untuk beli baju maternity? thank you semua

6 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Hai! Tahniah atas kehamilan pertama anda! Memilih masa yang tepat untuk membeli barang bayi dan baju maternity memang penting. Untuk barang bayi, biasanya ibu hamil memulakan perancangan pembelian sekitar akhir trimester kedua atau awal trimester ketiga. Ini kerana pada masa itu, anda mungkin sudah mengetahui jantina bayi dan boleh membuat keputusan yang lebih baik mengenai barang-barang yang perlu dibeli. Juga, ini memberi anda banyak masa untuk membuat penyelidikan dan membandingkan harga untuk mendapatkan yang terbaik untuk bayi anda. Untuk baju maternity, masa yang sesuai untuk membelinya bergantung pada pertumbuhan perut anda dan tahap keselesaan anda. Boleh jadi anda mula merasa perut anda membesar lebih ketara sekitar trimester kedua. Maka, masa ini adalah waktu yang baik untuk mula mencari pakaian maternity yang sesuai. Pastikan anda memilih baju yang mempunyai ruang untuk berkembang sepanjang kehamilan anda. Jangan ragu untuk bertanya kepada ibu-ibu lain di forum ini mengenai pengalaman mereka dalam membeli barang bayi dan pakaian maternity. Mereka mungkin mempunyai tip yang berguna untuk anda! Semoga proses membeli barang-barang untuk bayi dan diri sendiri berjalan lancar dan menyeronokkan! 🛍️🤰 https://invl.io/cll6sd8

Baca lagi

klau maternity blh beli bile baju y biasa d pakai dah terasa ketat.klau sy lbh suka cari baju besar2 wlau x peknen..mcm blouse besar jd Jimat dah kt situ😁.mcm barang bb..blh dah simpan duit sikit2..bile dah masuk 6 bln blh beli.atas org jgklh.sbb sy mmg x suke beli bile dah nk sarat..sbb letih.N sy bile dah 28week mmg Jenis kena standby sume.. bersalin 36week tu 4 org

Baca lagi

skrg ni survey barang2 dulu, sebab barang2 baby ni agak mahal. nanti dah 5 bulan, boleh start beli barang sikit2. kalau sy masa pregnant tak beli baju maternity sebab baju yg ada semua masih muat sampai 9 bulan. sy just beli seluar maternity je since pregnant 2 bulan sebab seluar biasa dah tak muat.

tiap bulan beli sikit2 ... jangan terus beli banyak nanti lari bajet .. its okay nak beli awal .. janji boleh manage kewangan kita .. kalau awak takde masalah kewangan its ok nak beli lewat .. n untuk mummy bila awak rasa perut dah naik sikit dah boleh start beli ..

sy beli masa dh trimester 2 xpun masa dh tau gender 20w start beli sikit2 .

Sama la kita. 9 weeks 3 days 🥹🥹🥰