22w pregnancy
Hi saya dah masuk 22w pregnant dan duduk di klang . sejak 20w dah rasa baby aktif bergerak . Tapi sejak semalam saya dapati bahawa Pergerakan baby tak seaktif sebelum ni . Adakah saya perlu terus ke emergency untuk mendapatkan rawatan segera ? Atau pergi ke klinik kesihatan dahulu untuk check keadaan baby ?#ingintahu #pleasehelp #firstbaby ##firstmom #BABY
awak kena tahu ruang dlm rahim awak masih luas. kita start kira kick baby bila dh masok 28w keats. time tu bila baby tak cukup dlm kiraan 10x itu mmg awak perlu risau. kalau awak risau better scan dkt klinik luar sahaja. atleast boleh kurang kn susah hati awak tu. kalau pergi hospital buat awak kena mrh je boleh baca penerangan dr posting doctor imelda balchin pakar o&g ni Jika anda 24 minggu hamil dan anda perasan pergerakan baby di dalam kandungan kurang dari biasa, patutkah anda datang ke hospital malam-malam? Jawapannya: Jangan datang ke hospital. Pergi ke klinik waktu siang. ——————————————————————— Penjelasannya saya berikan kepada anda di sini: Kami doktor-doktor dan jururawat tak pernah nasihatkan ibu-ibu prihatin atau kira pergerakan baby sebelum trimester ketiga, iaitu sebelum 28 minggu kehamilan. Ada banyak sebab kenapa kami tak mahu anda kira pergerakan baby di dalam kandungan jika anda baru 27 minggu kehamilan ke bawah. Semua patients saya tahu bahawa saya hanya mula mengajar patients saya prihatin tentang pergerakan baby di dalam kandungan bila sudah sampai 28 minggu kehamilan ke atas. Pertama: Kebanyakan kali bila kita scan baby yang kecil di bawah berat 1kg, kita lihat ada banyak pergerakan tetapi kerapkali ibu tak boleh rasa pergerakannya. Kadang-kadang boleh rasa, kadang-kadang tak boleh rasa apa-apa. Ini ialah satu kebiasaan walaupun anak di dalam kandungan itu sangat aktif. Kedua: Baby yang dulunya aktif kemudian kurang bergerak selalunya ada masalah pembesaran yang disebabkan oleh fungsi placenta yang tidak sempurna. Inilah dinamakan placental insufficiency. Placental insufficiency ini sangat jarang menyebabkan masalah kepada kesihatan bayi sebelum trimester ketiga. Keperluan bayi yang beratnya tidak sampai 1kg itu sangat sedikit dan mampu dibekalkan oleh uri placenta walaupun fungsinya tak sempurna, sebab permintaan bayi yang hanya sedikit. Hanya bila masuk trimester ketiga, baby akan menjadi lebih besar dan pergerakannya lebih lagi dirasai oleh ibu-ibu. Uri placenta juga mesti membekalkan lebih lagi keperluan bayi. Masa trimester ketiga inilah permintaan bayi dan keperluannya lebih tinggi lagi. Masa inilah ibu-ibu juga rasa lebih lapar dan perlu tambah makan 200 kalori sehari. Ini bersamaan dengan tambahan 1 cawan nasi sehari atau tambahan 2 keping roti sehari. Pada masa ini juga uri placenta mesti kerja lebih kuat lagi untuk membantu menyerap zat-zat dari darah ibu dan transfer zat-zat ini ke dalam darah janin di dalam kantungnya. Pada masa trimester ketiga inilah, jika ada placental insufficiency, baru kita lihat baby menjadi lebih kurus dan kurang bergerak. Kami tak boleh buat ultrasound scan untuk setiap ibu-ibu setiap hari, maka kami menasihatkan ibu-ibu supaya prihatin kepada pergerakan baby pada trimester ketiga dan datang ke hospital walaupun pada tengah malam jika bimbang tentang pergerakan baby, tak payah tunggu klinik buka waktu siang. Ketiga: Dari pengalaman kami, sebab ibu hamil sebelum trimester ketiga rasa baby kurang bergerak ialah bukannya babynya kurang bergerak tetapi pergerakannya yang aktif tidak dirasai oleh ibu pada setiap masa. Tetapi jika benar janin trimester kedua itu tidak bergerak sebab ia benar-benar tidak sihat, maka kita tak boleh menyelamatkannya dengan emergency Caesarean Section. Bukan hanya ia terlalu pramatang tetapi ia juga tidak sihat. Kebanyakan kes janin tidak sihat pada trimester kedua atau tidak membesar dari awal kehamilan itu ada juga sindrom atau masalah kesihatan yang sangat serious. Jika doktor-doktor jumpa janin trimester kedua yang tidak sihat, tidak bergerak, tiada air ketuban atau tidak membesar maka doktor-doktor tidak akan membuat emergency Caesarean Section tetapi doktor-doktor akan rujuk ibu hamil yang janin terlalu pramatang tidak sihat itu kepada klinik Pakar Maternal dan Fetal Medicine pada waktu siang untuk detailed scan dengan pakar MFM dan penilaian kesihatan janin oleh pakar MFM sebelum berbincang dengan ibu dan suaminya apa perlu kita buat. Keempat: Kami tak boleh buat CTG untuk bayi yang terlalu pramatang sebab susah nak kesan nadi bayi yang terlalu kecil. Analisa CTG untuk bayi terlalu pramatang juga berlainan dan tak boleh dibuat oleh misi atau doktor junior. Kelima: Jika anda 24 minggu hamil dan anda datang ke hospital out-of-hours, pada waktu malam, sebab anda kata anda rasa bayi anda kurang bergerak, anda kena tahu yang kami hanya ada Staff untuk kecemasan saja pada waktu malam. Jika ada ibu hamil lain yang datang sebab baby kurang bergerak pada 30 minggu kehamilan, mereka akan diberikan keutamaan oleh staf, bukan anda, sebab baby 30 minggu yang kurang bergerak itu boleh diselamatkan, tetapi baby 24 minggu yang tak bergerak tak boleh diselamatkan sebab ada gabungan dua faktor terlalu pramatang dan tidak sihat. Sedangkan bayi yang sihat yang membesar dengan normal jika terbersalin 24 minggu sebab ibu ada cervical insufficiency (pangkal rahim yang lemah) juga susah nak diselamatkan, apa lagi bayi 24 minggu yang tidak sihat, terutamanya jika ada sindrom. Apa yang paling sering berlaku ialah ibu hamil 24 minggu jika tidak rasa pergerakan baby bukan lah sebab baby itu tidak bergerak, tetapi ibu tak boleh rasa semua pergerakan anak yang hanya 600g, kecil je. Bila kita scan ibu-ibu ini, ramai yang rasa lega sebab mereka nampak sendiri sebenarnya ada banyak pergerakan tetapi ibu tidak merasainya. Ultrasound scan ini boleh dijalankan di klinik pada waktu siang untuk ibu-ibu yang bimbang, tetapi bukan pada waktu malam di mana doktor-doktor mesti mengutamakan nyawa orang lain yang datang kerana ada kecemasan yang benar-benar camas. Jadi, janganlah marah atau kecewa jika anda 24 minggu hamil dan masuk ke hospital tengah malam sebab tak rasa pergerakan baby, dan anda disuruh pulang dan datang ke klinik pada waktu siang, atau anda diminta tunggu sehingga staf menyelesaikan kes-kes lain yang perlu diselamatkan dulu. Pengecualiannya ialah jika ibu hamil itu yang sakit, tak kiralah trimester keberapa kami akan beri anda keutamaan. Bayi yang terlalu pramatang juga kami boleh buat pembedahan Caesar secara kecemasan atas sebab menyelamatkan nyawa ibu hamil yang tenat. Semoga ilmu pengetahuan ini bermanfaat untuk anda semua. Saya harap sekarang anda tahu kenapa tak payah kira pergerakan baby sebelum trimester ketiga sebab ini hanya akan memberi anda stress dan risau. Tak payah laa risau. Bila ada patient yang baru 24 minggu hamil tanya saya macam mana nak kira pergerakan baby, jawapan saya ialah tak payah kira, datang balik jumpa saya pada 27-28 minggu kehamilan dan saya akan ajar masa itu, bukan sebelum itu. Sekian, terimakasih. Dr Imelda Balchin Consultant Specialist in Obstetrics & Gynaecology Subspecialist in Maternal & Fetal Medicine with special interest in prevention of preterm birth MSc in Public Health Social Media Influencer for Health Advocate for Women Empowerment Marathon Runner P/S ini ialah gambar baby yang bersalin pada 22 minggu kehamilan yang masuk ke Neonatal Intensive Care Unit di UK. Peluang untuk baby 22 minggu hidup hanya 10%. Sekiranya baby terlalu pramatang dapat diselamatkan selepas bersalin, risiko mendapat pendarahan di dalam otak dan kerosakan otak yang kekal sangatlah tinggi.
Baca lagiKalau sis rasa xsedap hati, better sis pegi swasta untuk scan. Pgalaman sy before 28 minggu orang ramai kata xperlu kira or tak perlu risau sbb baby masih kecil. Tp sy rasa xsedap hati jadi sy pergi juga swasta untuk scan. Hancur hati sy bila sy dpat tahu baby xaktif bergerak n xboleh nak survive. So far bagi sy ibu punya instinct sgt penting. Sbb masa sy, Allah gerakkan hati sy untuk pegi scan walau orang kata baby masih kecil n ruang masih banyak… Jadi jika sis rasa xsedap hati atau risau better terus ke klinik swasta untuk cek.
Baca lagikalau ikutkan sebelum 28w (kena kira pergerakan baby/carta gerakan), tak perlu terlalu risau sbb ruang byk lg & baby pun masih kecil. asalkn dlm sehari baby ada bergerak, dah ok. tp kalau nak cek kt klinik pun takpe. seeloknya ke swasta sbb takut kk tak berapa layan lah, awal lagi kan. most kk cek guna doppler pun 23/24w keatas.
Baca lagihi mom, kalau rasa tak sedap hati. boleh pegi KK or klinik biasa dulu. normally doctor akan scan or check guna doppler untuk tengok condition baby.
biasanya belom lagi kira gerakkan bayi..but anyhow mother instinct is important too. jadi nk tenangkan hati baik g scan kat swasta
lah awal lagi tu , selalunya 28w baru start kira gerak anak sis ..