bersama suami

saya dah hari 46 bersalin. saya bersalin normal, dan luka jahitan dah kering. cuma saya nak tanya boleh ke saya bersama suami masa ni? dan saya perhatikan rahim saya belum masuk di kedudukan nya, ada effect ke kalau bersama?

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Bagi saya 46 hari awal lg nak bersama dan keadaan puan yg dpt rasakan kedudukan rahim tak ok lg. Mcm saya 5 bulan lebih bahagian pelvis tak longgar dan saya boleh jalan stabil. Itu saya tak pakai bengkung tu sbb sy tak selesa pakai bengkung dan saya rahim dah mengecut dlm tempoh 10 hari, pinggang dah terbentuk dan perut flat, cuma bawah czer bengkak lg. Tukang urut pun kata tak perlu bengkung. Puan beri tahu suami, boleh je nak bersama jika tiada darah nifas lg, tapi keseronokan tu belum pasti ada sbb keadaan puan mungkin trauma, bahagian pelvis longgar dan rahim tak kecut sepenuhnya. Kalau Nak bersama juga, buat lah secara gentle dan posisi yg sesuai. Jika ada pendarahan atau sakit semasa bersama, terus stop ya. Bagi chance peranakan dan bahagian pelvis rehat. Puan juga kerap amalkan senaman kegel untuk kuatkan otot pelvik ya. Senaman tu bagus untuk organ wanita juga.

Baca lagi
1y ago

Awak berjalan, Awak rasa tak macam jalan tak betul? Nak rasa pelvis longgar ke tak, pengalaman saya, saya dah sebulan bersalin, pergi brisk walking di taman. Memang rasa tak stabil berjalan sbb berjalan lebih lama (1 round je) drpd kita berjalan dari garaj ke rumah, dari carpark ke klinik. Baru sy tau tulang pelvis kembang semasa hamil dan lepas bersalin nak ke bentuk asal, kita amalkan lah kegel tu. Saya buat kegel, senam lain yg sesuai dan brisk walking. Ada orang guna bengkung jika dia selesa dan sesuai.