Mucus Plug: Sharing Pengalaman.

Hi, saya cuma nak share pengalaman disini berkenaan mucus plug. Harini (9/4/21) kandungan saya 37.2 weeks, saya perasaan ada lendir seakan keputihan bercampur darah keluar dari vagina. tak banyak, panjang separuh jari telunjuk. selepas saya dapatkan nasihat orang sekeliling, saya terus pergi ke hospital untuk dapatkan rawatan lanjut. di hospital, doctor monitor jantung baby dan check laluan, masih kecil. jadi saya dinasihatkan balik dan datang semula 2 minggu kalau masih tak beranak, tapi kalau dah keluar antara 3 tanda utama tu boleh terus datang ke hospital. selepas balik baru saya baca berkenaan mucus plug. kebiasaannya mucus plug ni akan turun selepas pintu rahim mula melembut untuk get ready for contraction. sekiranya mucus plug dah turun, tak perlu segera ke hospital melainkan datang sekali dengan 3 tanda utama, sebab kebiasaannya contraction cuma akan bermula 2-3 hari selepas tu ada juga yang few hours selepas tu. kalau pergi hospital pun akan kena discharge juga. jadi untuk tak penat, tunggu la 3 tanda utama tu. tapi dinasihatkan untuk persiapkan bag hospital selepas mucus keluar sebab anytime boleh start labor pain. sekerang, dah 12 jam selepas mucus plug saya turun, saya masih tak ada tanda apa apa melainkan sakit kawasan celah peha, rasa ngilu sekali sekala bila baby cuma tolak kepala ke lubang peranakan, perut mengeras sekali sekala, sakit belakang. doctor turut nasihatkan saya untuk bersedia physically and mentally untuk proses kelahiran yang mungkin akan berlalu dalam masa terdekat. Saya akan kongsikan update baru pada posting berikutnya, boleh follow account saya to be keep updated. thank you :) (10.4.21) harap membantu. #mucusplug

Mucus Plug: Sharing Pengalaman.
1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

(owner) hi, pada 11/4/2021, dua hari selepas mucus plug turun, saya ada berjalan ke pasaraya untuk beli barang puasa, saya boleh katakan tak la terlalu active pun saya berjalan, tapi bila balik tu saya perasan ada darah sikit turun bila saya lap bahagian vagina dengan kapas. darah ni turun sangat sedikit, tak sehingga meleleh. bila lap sahaja baru nampak. darah kali ni turun agak kurang dengan mucus. saya tidak ke hospital sebab doctor ada bagitahu selagi darah tu tak turun bersama lendir yang banyak, maka tak perlu ke hospital lagi. jadi saya ambil keputusan untuk stay at home dan observe darah. darah saya cuma turun selama tiga jam. selepas tu tak turun dah. jadi berdasarkan apa yang saya baca its called bloody show. bloody show dan mucus plug adalah lebih kurang tapi kebiasaannya lebih merah atau brown dari mucus plug. sekarang dah hampir 24 jam dari first bloody show sign tu, tapi saya masih tak rasa sakit apa apa. kick baby cukup 10 semalam and baby pun active. pagi ni, saya buang air kecil keluar lendiran darah which saya percaya bloody show tu, panjang dalam 5cm tpi tak sempat nak ambil gambar sebab dah terjatuh dalam tandas. kalau ikutkan bloody show juga sign of labour is nearing tapi berbeza setiap orang, ada yang dalam few hours ada yang beberapa hari. doakan saya dan kandungan selamat :)

Baca lagi
Post reply image