Sekadar nasihat.

Saya cuma nak nasihatkan ibu² yang pertama kali pregnant setelah sekian lama menantikan cahaya mata (Geng TTC) 1. Sila berjumpa doktor secepat mungkin & sila dengar arahan Dr. Bukan arahan ibubapa, suami, kawan-kawan atau nasihat alam maya. Dr akan bagi nasihat terbaik buat setiap pesakitnya. Cari doktor yang baik. Jika Dr bagi tahu perlukan bedrest sila lakukan, untuk ibu² yang bekerja sila minta bantuan Dr untuk keluarkan MC atau surat supaya boleh diserahkan kepada majikan. 2. Dapatkan ubat kuatkan rahim atau suntikan untuk kuatkan rahim. Bergantung pendapat Dr. (Boleh dapatkan di klinik atau hospital swasta) 3. Jaga diri & kandungan dengan baik. Terutama bab makanan. Tolong lah kita dah tunggu lama zuriat kita, jadi jangan sia-siakannya. Pastikan makan ubat dengan betul, tanya dengan pihak farmasi cara makan supplemen dengan betul supaya zat yang kita terima sempurna. Jaga pemakanan kita supaya janin kita dapat membesar dengan baik & sihat. Kalau kita tak mampu untuk beli supplemen. Cukup perbanyakkan makan sayur hijau + ikan atau lain² menu berkhasiat. Ingat vitamin dalam sayur & buah berbeza, kandungan gula pun sama. Tolong jauhkan makan makanan yang tinggi gula, berkafein, fast food, yg mengandungi msg terlalu banyak & lain² yang tidak berkhasiat terutamanya semasa trimester pertama & kedua. Kalau teringin makan lah untuk sekadar merasa sahaja. 4. Jangan asbab kita tak selera makan, kita tak bermaya, kita tak jaga pemakanan kita, makan lah walaupun kita muntah 10x. Pastikan anak dapat nutrisi untuk membesar dengan baik dalam perut kita. 5. Pastikan diri kita terima udara yang cukup setiap hari. 6. Jangan risau atau takut ke hospital untuk mendapatkan maklumat & rawatan. Biarlah kita dimarah Dr atau nurse kerana kerap dapatkan rawatan atau kerap bertanya. Semuanya demi buah hati kita. Kita sebagai ibu pasti ada naluri yang kuat buat anak. Saya doakan buat semua ibu-ibu & bayi yang dikandung sentiasa dalam keadaan baik dan sihat sehingga dilahirkan kedunia ini. Semoga dipermudah untuk segala urusan kita semua ya ibu-ibu ❤️

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

betul tu puan😊