Saya cuma nak meluahkan isi hati & perlu kan kata2 semangat. Saya skrg 32 weeks & due pada hari raya..dlm masa yg sama dalam fasa bercerai di atas keputusan saya sendiri kerana dah x tahan dengan tabiat suami yg suka hidu gam. Saya mengandung pon di atas perjanjian beliau sekiranya dpt beri dia anak ke-2, dia akan hentikan tabiaat tu.. Tapi janji sekadar di mulut. Ada satu malam tu dia ada hempas henfon saya sampai berkecai kerana saya rampas & buang gam di tangan suami. Sejak tu saya nekad utk bercerai. Skrg saya duduk di rumah kakak saudara & bakal berpantang di sini. Ikutkan hati memang saya x bersedia utk mengandung lg walaupun jarak anak pertama 5tahun & pernah terpikir utk beri baby dlm perut ni pada keluarga angkat, namun anak pertama saya begitu sayangkn adik dlm perut jadi saya nekad utk jaga walaupun tidak mudah. Mohon doakan saya diberi kekuatan ya.. #Bercerai