Fasa mengandung & bercerai

Saya cuma nak meluahkan isi hati & perlu kan kata2 semangat. Saya skrg 32 weeks & due pada hari raya..dlm masa yg sama dalam fasa bercerai di atas keputusan saya sendiri kerana dah x tahan dengan tabiat suami yg suka hidu gam. Saya mengandung pon di atas perjanjian beliau sekiranya dpt beri dia anak ke-2, dia akan hentikan tabiaat tu.. Tapi janji sekadar di mulut. Ada satu malam tu dia ada hempas henfon saya sampai berkecai kerana saya rampas & buang gam di tangan suami. Sejak tu saya nekad utk bercerai. Skrg saya duduk di rumah kakak saudara & bakal berpantang di sini. Ikutkan hati memang saya x bersedia utk mengandung lg walaupun jarak anak pertama 5tahun & pernah terpikir utk beri baby dlm perut ni pada keluarga angkat, namun anak pertama saya begitu sayangkn adik dlm perut jadi saya nekad utk jaga walaupun tidak mudah. Mohon doakan saya diberi kekuatan ya.. #Bercerai

16 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

semoga segala urusan dipermudahkan dan Sabah dan tabah menghadapi ujian ini.saat kita rasa terbeban dan tersakiti ingatlah masih lagi ada insan yg lebih teruk diuji dari kita. Ya ...semua org mampu berkata² tp xsemudah itu kita sendiri nk hadapi.Sesungguhnya setiap ujian itu tanda sayang ALLAH terhadap kita .ALLAH rindu nak mendengar suara kita merintih berdoa kepadaNYA.

Baca lagi

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Walau apa pun, selagi hayat dikandung badan, tetaplah berjuang dalam hidup ini untuk hari-hari mendatang demi anak-anak juga. Kuat semangat ya puan. Semoga dipermudahkan segala urusan puan dan dikurniakan kesihatan yang baik selalu.

Jgn lah bgi anak kt org lain jaga. Nanti kita rasa menyesal bgi kt org. Takpe susah skrng jaga ank tanpa suami. Pasti Allah permudahkan. Kita sbgai ibu kene kuat utk anak2 kita. Percayalah nanti anak2 puan akn hargai jasa puan suatu hari nanti🫰😊

allahuakbar ujian utk puan serta kami yg membaca cerita puan... moga puan tabah serta semua d permudahkan... moga puan serta baby d berikan kesihatan yg baik sepnjg mengandung

TapFluencer

hmmm sabar la sis... ank tu biar kta jaga skrg mukin kta stress xp suatu hari nanti merekalh akn jd pnghibur hati kta... smoga Allah prmudahkn urusan sis..be strong sis

kita org perempuan ni mmg kuat.💪💪lelaki pn takut dgn kita perempuan ni tau.setiap ank ada rezekinya..kuat selalu ye sis.💪💪💪😘

U can do it mom!!! ehehe, xsemua orng boleh berhadpan situasi mcm sis , tp sis mampu lakukan sis orng yg hebat!! 🥰

Semoga dipermudahkan urusan sis dari segi ape ape pun. semoga diberi sinar di masa akan datang. Sis kuat.

besarnya dugaan akak. semoga akak kuat untuk anak2. mudah mudahan dipermudah urusan akak 💪🏻

sis ada Allah.. insyaAllah sis blh jd ibu y hebat..semoga Allah sentiasa permudahkan urusan sis