APA PERLU BUAT FIRST PREGNANT

Saya cek UPT positif. dah cek di hospital swasta sekali lagi UPT positif.. bila scan Dr. tak nampak apa2 lagi.. minta datang 2 minggu lagi.. kalau ikutkan apps punya kiraan saya dah week 5.. perlukah saya ke hospital kerajaan untuk buat pengesahan? ada yang kata tunggu 2@3 bulan baru pergi #firsttimemom #pleasehelp #advicepls #firstbaby #ingintahu #firstmom

15 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

A Positive urine pregnancy test in a woman who has missed a period is diagnostic of a pregnancy. There is no indication for a routine early pregnancy scan ‘to confirm a pregnancy.’ Sebagai seorang guru perubatan, saya selalu membetulkan kesalahfahaman ini di kalangan pelajar perubatan dan ibu-ibu hamil. Jika seorang wanita membuat ujian pregnancy test air kencing kerana HAID TIDAK DATANG, dan keputusannya POSITIF, maka inilah pengesahan atau diagnosis kehamilan. Ujian pregnancy test ke atas air kencing yang anda beli dari farmasi itu tepat dalam 99.9% wanita. Anda tidak perlu ultrasound scan untuk membuat diagnosis kehamilan atau pengesahan kehamilan. UPT boleh menjadi positif seawal 7 hari selepas persenyawaan, iaitu sebelum pun haid anda dijangka datang, anda boleh mendapat UPT yang positif. Pada masa awal kehamilan, sejurus ujian UPT menjadi positif, ultrasound tidak boleh nampak atau mengesan kehamilan ini. Kalau belum nampak dalam Ultrasound, ini tidak bermakna anda tidak hamil. Walaupun tak nampak dalam ultrasound, jika UPT anda positif, maka anda masih disahkan HAMIL. Sebab Ultrasound tidak digunakan untuk diagnosis atau pengesahan kehamilan. Masa yang terbaik untuk membuat Ultrasound scan yang PERTAMA ialah di antara 11 minggu dan 14 minggu kehamilan. Inilah masa terbaik untuk mengesahkan tarikh EDD yang paling tepat, selain daripada memastikan tempurung kepala janin sudah terbentuk (iaitu tiada anencephaly), jika kembar untuk memastikan berapa kantung dan berapa uri, dan melihat jika ada kecacatan yang serious yang tak boleh di lihat dalam scan yang terlalu awal. Jadi, ibu-ibu hamil tidak perlu diberikan temujanji untuk ultrasound sebelum 11 minggu kehamilan (iaitu 11 minggu dari hari pertama haid yang terakhir). Pengecualiannya untuk ultrasound scan di awal kehamilan hanyalah EMPAT: Pertama ialah wanita yang mendapat pendarahan, walaupun hanya sedikit, atau kesakitan di bahagian abdomen. Ultrasound wajib dijalankan untuk memastikan kehamilan itu bukan kehamilan di luar rahim, dan untuk mengesahkan keguguran. Kedua ialah wanita yang berisiko tinggi mendapat kehamilan di luar rahim, walaupun tiada pendarahan atau kesakitan. Contohnya wanita yang pernah mendapat kehamilan di luar rahim, wanita yang pernah disahkan tubenya tersumbat atau pernah mengikat tube (iaitu bilateral tubal ligation), atau wanita yang ada IUCD di dalam rahim tetapi hamil juga. Ultrasound scan ini pun tak dibuat terlalu awal, kita buat bila 6 minggu kehamilan, bukannya bila UPT positif sebab dua hari tak datang haid kemudian terus buat scan. Ketiga ialah wanita yang mendapat muntah-muntah teruk, dan kita buat ultrasound scan untuk memastikan tiada masalah seperti molar pregnancy. Keempat ialah ultrasound boleh dijalankan lebih awal bagi wanita yang tidak pasti bila tarikh haid yang terakhir dan ada kemungkinan kehamilan itu sudah lebih lanjut dari yang dijangka. ———————————————————————- Tetapi masalahnya, ramai wanita lain yang tiada empat masalah di atas sangka mereka perlu mendapat pengesahan kehamilan melalui ultrasound dan tidak faham mengapa bidan dan doktor di Klinik Kesihatan atau Hospital kerajaan tidak memberi perkhidmatan scan yang awal. Satu kesalahfahaman. Anda tak perlu Ultrasound scan sebelum 11 minggu jika tiada masalah kehamilan, dan tiada sebab. Wanita-wanita ini yang tidak tahu kenapa akan pergi juga meminta scan dari klinik swasta. Kalau anda pergi ke klinik swasta dan meminta scan, anda akan mendapat permintaan anda walaupun anda tidak perlukannya sebab anda akan dikenakan bayaran untuk perkhidmatan itu. Sekarang ramai wanita tanya saya, “Saya pi buat scan tapi tak nampak kantung, risau pulak, risau, risau, takut, risau!!!!!!!!!!!!.” Ini lah sebabnya kami tak akan jemput anda buat scan pada awal kehamilan tanpa sebab yang munasabah. Buat scan awal-awal tanpa sebab, jadi macam ni laaaa. Risau Risau Risau. Hangpa pi buat scan awai-awai sapa suruh? Kami tidak mahu membimbangkan ibu-ibu kami pada awal kehamilan. Ada 3 sebab kenapa anda tidak nampak kantung janin walaupun UPT positif: 1) Kehamilan yang terlalu awal untuk dikesan. 2) Kehamilan yang tidak menjadi, atau keguguran semulajadi yang awal, maka anda akan mendapat haid tidak lama lagi kerana kehamilan ini tidak akan diteruskan. 3) Kehamilan di luar rahim. Jika anda buat ultrasound scan sebab kesakitan atau pendarahan, maka kita akan berasa sangsi bahawa ini mungkin keguguran atau kehamilan di luar rahim. Jika tiada kelihatan kantung dalam rahim, kami akan membuat ujian darah BhCG untuk mengkaji bacaan hormon kehamilan ini, dan kemudian diulang semula selepas 48 jam. Jika bacaan hormon BhCG jatuh selepas 48 jam, dan kemudian terus jatuh selepas lagi 48 jam sehingga UPT menjadi negatif, maka kita tahu ini ialah keguguran. Jika hormon BhCG bertambah dua kali ganda selepas 48 jam, maka ada kemungkinan ini ialah kehamilan awal di dalam rahim dan kehamilan ini masih berterusan walaupun ada kesakitan dan pendarahan. Kami akan pantau sehingga nampak kantung dalam rahim pada minggu yang berikutnya. Jika kami mengeshaki kehamilan di luar rahim kami akan menasihatkan rawatan supaya kehamilan ini tidak diteruskan, sebab ini membahayakan nyawa ibu. Tetapi, jika anda pi buat ultrasound scan TANPA APA-APA SEBAB pada awal kehamilan dan tak nampak kantung dalam rahim, saya akan kata, anda boleh balik rumah selagi anda tiada masalah, tak payah buat apa-apa, kita hanya perlu ulang scan lagi seminggu atau dua minggu sehingga nampak kantung. Dalam masa seminggu dua ini lah anda akan tepuk dahi anda sendiri, kenapa lah anda pi buat scan awal-awal sangat tanpa sebab sampai merisaukan diri anda sendiri saja, tak boleh tidur tak boleh makan sebab RISAU DUA MINGGU. Tiada manfaat membuat scan terlalu awal. Lepas tu kena scan semula sebab ibu sudah risau. Lepas tu, jangan lupa ya, datang balik untuk ultrasound scan diantara 11-14 minggu. Jangan tak datang pulak dah 🤦🏻‍♀️ Prof Dr Imelda Balchin Pakar Perunding Obstetrik & Gynekologi Fakulti Perubatan Universiti Malaya

Baca lagi

saya dah banyak baca pasal ni. doktor sebenarnya recommend kita buat scan 9 weeks ke atas. ade yg recommend 11 weeks-14weeks. kalau tak, kita sendiri akan kecewa sbb 5 weeks tu terlalu awal utk nmpk ape2. selagi upt tu positive, selagi tu mmg sah pregnant. hanya dtg ke klinik jika ada pendarahan atau ade rasa sakit. sepnjg tu mmg tak boleh buat ape tunggu je sehingga 9 weeks. kalau nak buka terus buku pink pun rasanya tak ada masalah, tp nnti diorg tetap akan cakap nnti scan lagi 2 minggu, 3 minggu. 5 minggu tu mmg tak nmpk apa.

Baca lagi

saya pun cmtu jgk sis...period saya tak teratur hihi klau ikot kiraan last period dh 8 weeks lebih...upt positif bila pi scan swasta tak nmpk tapi rahim membesar dr ckp...dr suh dtg 2 weeks lagi pastu sya ad tgk petua ibu2 hamil gitaw klau nk pi scan pastikan minum air masak byk bgi smpai nk tekencing x pa tapi tahan kencing dulu...lepas scan baru gi toilet...Alhamdulillah scan2 nmpk dengan izin Allah jgk baru 5 weeks hihi rupanya ovulasi lambat janin kecik lagi

Baca lagi

Kadang walaupun upt positif, tak semestinya terus terbentuk. Puan mesti kes blighted ovum, Mmg kne bersabar sikit. Kadang pengiraan period tak menentukan Mgu kandungan. Puan Tgu je lg 2mgu lgi. Jaga diri buat smntara waktu ni. Mkn healthy. Stop fast food. Macam saya dlu, 2bulan upt neg. Bila positif bulan ke3, blighted ovum. Tak nmpk ap2. Bila Tgu lagi 2mgu. Repeat scan. Baby da ada, jantung pun nmpk. Rupanya da 14w. Insyallah ada rezeki puan

Baca lagi
2y ago

Yup betul. Sbb Apa yg doc terangkan, pembentukan Dan sperma yg lambat melekat.

Pengalaman sy itu Normal kalau 5week tak nampak lagi. Ade stgh org kdg 8week baru nampak and ade stgh org 4week pun dah nmpk ikut pada badan dan cara doc tu scan mcm mne.. mcm sy haritu scan 5week tak nmpk. And bila scan 7week baru nmpk. Time tu dah nmpk baby and degupan jantung dia sekali. Itu pun saiz baby tak sama dgn tarikh last period kita. Sbb tu kdg2 ade stgh org awal pregnant pergi scan tak nampak pape 😇

Baca lagi

sye mse awal2 test upt double line,sye tunggu 1 minggu bru g klinik buat test kt klinik dan doktor sahkan sye pregnant dah 7w..cuma sye hati2 lebih la mse mula2 dpt tahu tu..sbb makcik sye(nurse) yg suruh tunggu seminggu dulu bru g klinik utk double check..tp boleh je lepas up double line nk terus g klinik..kalau bru 5minggu tu mmg biasa x nmpk lagi..sye 7w tu pun bru nmpk kantung je..

Baca lagi

normal sis xnmpkk..sy pon 5 week xnmpk..dktr suruh dtg 2 minggu lagi..jd...sy dtg je la 2 minggu lagi..tup2 nmpk da kantung plus heartbeat skali.. ..xperlu dgr ckp org..dgr je ckp dktr..dktr lebih pakar bab2 ni..kalau dgr ckp org..mcm2 pndapat nnti kita dgr.. kita yg stress

TapFluencer

5w terlalu awl bg sy...sbb sy pun scan masa 5w 3d cm tu xnpk apa2 pun....n sy pergi lg 2w msa tu 7w 3day bru npk janin dan heartbeat dy..alhamdulillah ad org npm awl ad lwt..sbb kita xtaw bila ia terbentuk xblh agak brdsrkn tarikh priod kne ukur kntung jugk😊

normal awak. jangan risau repeat after two week. kalau awak ke hospital terus doc akan cek under bawah . saya 6w pun taknampak apa. pi hospital rupanya ada je just kecik masih taknampak. and 8w terus pi kk buat buku pink and scan dah ada kantung and heartbeat.

wajib pegi hospital kerajaan.. 2 bulan atau 3 bulan nanti nurse akan marah knpa lmbt.. kwn pun bgitu.. bila tgok di aplikasi dia da 5 minggu smpai di klinik kesihatan dia disahkan 9 minggu sdh..so lebih baik check balik awal2 di klinik kesihatan