Bersalin/Miscarriage 22minggu

Saya bersalin/gugur masa kandungan 22w pada bulan 8 tahun 2023. Dia start dengan bleeding sikit. Saya memang terus ke hospital. Doktor scan apa semua takde masalah. Baby pun okey. Tapi bleeding tu tak stop cuma tak banyak. Cukup 3x saya ke hospital scan semua memang okey. Tiba2 tengahmalam tu saya rasa sakit perut sikit. Diselang rasa nak membuang. Hati saya dah tak sedap sebab masa nak membuang tu tak keluar apa pun. Terus ajak suami ke hospital. Otw ke hospital perut dah mula sakit sangat. Hati saya kuat cakap yang tu sakit contraction nak beranak. Sambil zikir tahan sakit saya betul-betul rasa nak meneran. Saya teran sekali pegang bawah ya Allah ada benda bulat keluar. Betul-betul sampai depan hospital, saya lahirkan baby yang masih duduk dalam kantung. Anak saya masih hidup tapi bertahan sampai jam 2 petang je. Saya tak dapat duduk dengan dia sebab masa tu kena cuci ada sisa uri masih tinggal. Saya dah terima pemergian anak syurga saya. Cuma saya tak tau apa punca saya bersalin awal dan gugur ketika usia kandungan 22 minggu tu. Alhamdulillah sekarang saya sedang mengandung 4 bulan. Tapi jujur saya kata, rasa trauma dan takut tu kadang-kadang masih ada. Maaf posting ni terlalu panjang.🙏🏼 #pengalamangugur

4 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Saya turut bersedih mendengar pengalaman yang anda lalui dalam proses bersalin/gugur ketika usia kandungan 22 minggu. Sebaiknya, anda berkongsi kebimbangan dan rasa trauma anda dengan pakar kesihatan atau kaunselor untuk mendapat bantuan dan sokongan emosi yang diperlukan. Walaupun keadaan ini sukar, namun adalah penting untuk menjaga kesihatan mental anda semasa mengandung pada 4 bulan ini. Semoga anda diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi cabaran ini. Jangan ragu untuk mencari bantuan daripada orang yang terdekat atau pakar kesihatan yang berpengalaman. https://invl.io/cll7hzz

Baca lagi

bila dah ada pengalaman ni,,mmg bila ngandung lagi je jadi takut...samalah sy..2x gugur..skrg tgh prggy 18w..sy cuba elak utk fikir bukan²..tp kdg² terdatang juga fikiran² tu..harap kalini baby selamat sampailah bersalin..dapat membesar sihat🤲

5mo ago

yes betul. sy memang sebolehnya taknak ingat dan fikir langsung. tapi kadang tetap juga teringat. insyaAllah semoga kali ni baby kita selamat sampai bersalin dan membesar dengan sihat. 🤲🏼

saya pun pernah gugur 3kli.. smua janin tak sampai 2bulan ... bila pregnant lagi mesti tak sedap duduk.. dok fikir benda yg sama akan berulang ka.. sbb husband nak sangat ada anak... saya harap yg kali ni berjaya survive sampai lahir😊🥲

5mo ago

Alhamdulillah. Semoga kalini kita berjaya survive sampai lahir. Jaga diri ye. 💞

Dktor xda bgitau ke apa punca? Ada cek bawah tak masa tu? Sbb sy pun sma, ada spotting coklat, dh scan td bby smua ok. Rsau lh