Due Date 1/10/24

Saya baru sahaja melahirkan jam 4pm tadi pada usia kandungan 38w6d. Pagi tadi pergi klinik untuk routine checkup sebab belum ada tanda. Doc check jam 10am, bukaan dah 2cm. Sebab belum ada tanda lain, doc suruh balik dan serah diri pada khamis nanti sebab saya GDM on diet. Balik rumah, belum rasa apa apa. Sempat pergi makan dekat luar jam 12pm. Balik rumah contraction mula rasa tiap 5 minit. Tak tahan, jam 2pm datang PAC. Check jalan dah 7cm. Jam 4.00pm selamat melahirkan baby kedua. Sangat cepat dan dipermudahkan. Semoga ibu ibu yang tengah menunggu hari bersalin dipermudahkan urusan bersalin kelak.

11 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Tahniah mummy oktober. Saya due 11oct nervous pulak. Sorry nak tanya contraction tu rasa macam mana ya? Saya skrg kerap rasa mengeras & kejap2 ada mcm denyut belakang punggung menarik gitu. Itu contraction ke? Tp sekejap je, bila bangun ok da. Ke contraction ni mcm nak berak 😆

1y ago

Allahuuuu saya due 11/10 gak 🥹 2.6 baby kira kecik ke?😳 saya 2.4kg last week scan tp doc tak ckp ape. Awak induce ubt atau drip? Skrg bukaan berapa cm tu? Saya doakan awak dan baby selamat bersalin amin! *hug!!!