Due Date 1/10/24
Saya baru sahaja melahirkan jam 4pm tadi pada usia kandungan 38w6d. Pagi tadi pergi klinik untuk routine checkup sebab belum ada tanda. Doc check jam 10am, bukaan dah 2cm. Sebab belum ada tanda lain, doc suruh balik dan serah diri pada khamis nanti sebab saya GDM on diet. Balik rumah, belum rasa apa apa. Sempat pergi makan dekat luar jam 12pm. Balik rumah contraction mula rasa tiap 5 minit. Tak tahan, jam 2pm datang PAC. Check jalan dah 7cm. Jam 4.00pm selamat melahirkan baby kedua. Sangat cepat dan dipermudahkan. Semoga ibu ibu yang tengah menunggu hari bersalin dipermudahkan urusan bersalin kelak.