Bedung dan suhu AC
Hi. Saya baru menjadi seorang mama 12 hari yg lepas buat pertama kalinya. Saya perlukan pendapat mengenai bedung dan suhu bilik. Jika anak saya dibedung, berapa suhu AC bilik yg sesuai supaya anak tidak terlalu sejuk dan/atau terlalu panas? Saya sangat prihatin tentang kesihatan anak saya dan setakat ini suhu anak saya 37.3c perlukah saya mendapatkan paediatrician dengan segera atau normal bg bayi berasa sedikit warm?