Budak umur 1 tahun sangat kasar

Saya ada anak lelaki umur 1 tahun 5 bulan.. Perangai dia sangat aggressive.. Die suka hentak kaki kuat2.. Pukul muka mama papa dia.. Kuat betul dia pukul.. Kadang tu dia suka hempas kepala dia kat dinding.. Bila wktu dia menangis, dia menjerit sekuat2nya.. Kdg tu saya rasa tak kuat betul nak hadap.. Saya rasa penat emosi.. Ada tak mama2 sama situasi mcm saya.. Apa yg saya perlu lakukan supaya anak tak kasar.. Mungkin cara saya kasar ke.. Sebab kdg budak kecik ni susah nak kawal.. Jadi bila dia tak terkawal saya menaikkan suara atau tangan.. Saya bukan tak sayang tapi saya ada masalah emosi selepas melahirkan anak ni.. Sebelum melahirkan saya elok je.. Kemarahan saya boleh kawal tp selepas melahirkan anak saya dpt tekanan perasaan.. Paling sakit ada 1 hari suami saya buat hal mnyebabkan saya hampir meroyan.. Saya cuma tak boleh hadap anak nangis.. Bila dia menangis saya ikut nangis.. Kdg org ckp senang, ingat Allah kita jd tenang tp tak semudah tu.. #firstmom #pleasehelp #ingintahu #advicemommies

5 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Budak2 x pandai nk meluahkan perasaan dia, x pandai lagi nak handle perasaan sendiri, dgb buat mcm tu, baru perasaan dia dpt terluah. Kalau budak bawah 3 tahun ke bawah tantrum menjerit lg tu normal, yg x normal bila 3 tahun ke atas masih lg menjerit. 1 tahun 5 bulan fasa dia nk belajar kenal perasaan dia sendiri, harap awk dpt bersabar. Yg penting skli utamakan emosi awk dulu sebagai ibu, awk kena control emosi awk dulu, awk yg kena tenangkan emosi awk dulu, sbb anak belajar dr kita. Sy tau bukan senang. Sy pun pernah ada kt posisi awk dulu, nak jd ibu bukan senang, terutama masa ank tantrum, fuuh mencabar betul. Cuba berbincang dgn husband. Sy ada tengok video parenting, kalau nk penuhkan tangki emosi ank @ nk kurangkan ank mengamuk, mintak suamj selalu bermain dgn anknya.

Baca lagi

Cuba bawak jumpa doc atau check ms di kk tu tanya misi. Risau bkn emosi mak je terganggu tp emosi anak sekali. ada main sama2 tak dgn dia. Dia dh boleh berkomunikasi selain menangis/hentak kaki etc tak? Cuba kawal marah puan sbb takut efek ke anak. Sy ckp mcm ni sbb anak sy 9 thun ada anxiety sbb sy dulu marah2 dia lps lahirkan anak kedua tanpa sedar dia ada adhd.so efek dia lebih teruk dr bdk normal.

Baca lagi

Anak akan meniru perbuatan kita. Kalau puan angkat tangan kpd die, die pun boleh angkat tangan pada puan. Apa yg saya buat kalau anak jerit ataubtantrum adalah pelukan. Peluklah anak tu dan bisikan nasihat dan kasih sayang. Anak tenang puan pun tenang.

dia tak reti lagi kontrol apa dia rasa, malahan tak tahu pun..contoh dia nak air menjerit menangis, sepatutnya kena bagitahu kena mintak, tu tugas kita la yg kena ajar, nak air bagitahu adik nak air, if jerit mak tak faham..

Selalu budak aggressive ni sbb dia rs kurang perhatian, kurang disayangi.. Spend time main dgn dia. Bila tgk dia, senyum. Geletek dia bila dia masam muka. Ciumlah dia byk2. Nnti lembutlah anak tu