47 Balas
Bayi perlu dibedung sampai berapa bulan tu bergantung pada para mommies. Kalau saya, saya bedung kejap je.. Sebab saya nak bagi dia rasa bebas.. Kaki dan tangan boleh bergerak-gerak. Tolak-tolak kaki macam nak berenang hihi.. Tapi kalau tak reti bedung bahaya tau, boleh sebabkan hip dysplasia, iaitu gangguan pembentukan sendi pinggul di mana bahagian atas tulang peha tidak berada tepat di soketnya. Untuk jangka masa panjang, ia dapat menyebabkan masalah perkembangan pada persendian kaki dan pinggul bayi.
Soalan ni mungkin ramai ibu tak tahu bedung baby perlu sampai berapa bulan. Saya menyarankan awak untuk bedung bayi selama dua bulan je. Sebabnya Bedung boleh meningkatkan peluang bayi anda untuk menjadi sangat panas, jadi elakkan membiarkan bayi anda terlalu panas. Bayi mungkin terlalu panas jika anda melihat bayi anda berpeluh, rambut yang lembap, pipi memerah, ditumbuhi ruam panas, dan pernafasan yang cepat.
Bedung bayi sampai umur berapa? Jawapan mudah dan senang nak faham adalah ketika bayi dah mula menunjukkan tanda-tanda tubuh berkebolehan meniarap atau berguling. (biasanya 4 hingga 6 bulan tetapi kadang-kadang lebih muda daripada tempoh tersebut). apabila berbedung dilakukan dengan betul, ia dapat menjadi teknik yang efektif untuk membantu menenangkan bayi dan menggalakkan bayi untuk lebih mudah tidur.
Bedung bayi sehingga berapa bulan, hmm saya bedung sampai baby usia sebulan je. pastu tak bedung dah sebab anak dah makin besar kan. macam xsesuai pula bungkus macam tu. Konfem dia tak selesa. Lepas saya dah tak pakaikan bedung tu. Baby nampak macam happy jee. siap tolak-tolakkan lagi kaki n tangan mintak dukung. Alahai anak-anak! time ni je masa paling berharga. dah besar nanti tak larat nak kejar
Bayi perlu dibedung sampai berapa bulan. Saya tak sure sangat pasal ni sebab saya ikut kehendak diri saya sendiri je.. tapi nenek sy ada lah cakap..baby perlu dibedung sampai umur dia 2bln,tp bby zman skrg xnk dibedung sgt, So saya pakaikan sarung kaki n tangan jee.. sampai usia dia 1bln sebab nk bg jari-jari aktif,sarung kaki pulak ada yang cakap boleh menjadikan kaki anak lebih cantik
Saya bedung bayi sehingga umur dia 2 bulan je.. Masa dulu-dulu konfius jugaklah usia berapa baru boleh buang bedung ni sebab risau dia tak selesa ke apa. Time tu kan baby makin membesar. Yang saya tahu tabiat memakaikan benda ni untuk membuatkan dia selesa dan tidur. Sebab baby take time juga nak biasakan diri dengan persekitaran di dunia yang jauh berbeza dengan dalam rahim ibu.. hihi
Anak-anak bedung lepas lahir tak smpai seminggu..lepas tu tengok macam naik ruam pula dekat badan dia.. sbb panas kot.. so saya sudah tak bedung la selepas tu.. Cuma boleh kira beberapa hari je bedung diorg.. sekarang anak dah darjah 1, saya tengok tiada apa apa kesan tak baik pun dekat diorang sebab tak bedung lama macam baby lain. alhamdulillah...
Bayi sebenarnya perlu dibendung sampai berapa bulan? Saya rasa sebulan cukup lah kot... tapi kalau saya, bedung ikut baby saya mahu ataupun taknak.. Dalam pantang tempoh hari, baby menangis terjerit-jerit macam kena dera bila dibedung....so mlm tido sy peluk dia je la nak elak dia terkejut time tidur.. kalau bedung no problem boleh tidur lebih lena..
Kalau yang saya tahu, bayi perlu dibedung sampai berapa bulan bila dia dah makin aktif dan bergerak-gerak. Saya pula bedung baby time dia nak tidur je sampai umur 6 bulan juga kalau xsilap. Biasalah rumah kampung agak panas., bedung dengan kain batik mungkin buat dia selesa n sejuk sedikit... memang tidur lena sampai ke pagi lah dia
Bedung bayi sehingga umur berapa? My baby dulu kejap je bedung.. sebab saya tak berapa nak pandai sangat pakaikan kain tu.. ada juga terbaca dekat fb dia cukup dua bulan dah cukup.. paling risau takut time pakai bedung xpandai tu, kain akan lilit badan anak huhu