TTC almost 3 years

Salam. saya dah almost 3 years kahwin dan almost 3 years juga la saya berjuang 2 garis. Segala ikhtiar saya dah cuba efferty, madu kacang, kelapa bakar, CQ10, madu kurmaa semua dah try.. tapi satu pun belum ada rezeki. Hampa kecewa sedih setiap bulan tu biasa. Tapi bulan ni saya lambat period 10 hari dan syaa pergi clinic tapi upt negatif. Hampa teruk kalini sebab saya betul betul mengharap sebab banyak symptoms pregnant yang saya ada tapi still negatif.. Saya sedih sangat sedih yang smapai mempersoalkam rezeki Allah. Maafkan aku yaAllah 😭😭😭 Boleh yang pernah ttc bagi saya ikhtiar apa yang memang confirm jadi ? 😭😭😭😭#bantujawab

44 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi puan. Jangan sedih ya, insyaAllah ada rezeki puan & suami menanti di depan. - Elakkan stress dulu puan. Jgn terlalu fikir. Bila terlalu fikir, puan akan stress & susah untuk lekat. Saya amalkan ni & alhamdulillah sekarang saya dah preggy. - Cari waktu subur. Boleh beli opk test di shopee. Marathon bersama waktu subur & antara tips yg saya buat, angkat kaki keatas lepas bersama/letak bantal bawah punggung, jangan terus basuh. - Boleh cuba amalkan air rebusan kulit kayu manis ceylon. Biasa banyak jual dekat kedai india. Tips ni Dr Raihana Efferty yg share. - Jaga pemakanan & berat badan. Ini apa yg saya amalkan jugak sampai bacaan BMI saya normal. - Tukar cara berdoa. Boleh cuba jual nama mak ayah/suami. Contoh, 'Ya Allah, kurniakan seorang cucu dari rahimku untuk mak ayah ku, supaya mereka...........' - Tips doa yg lain, amalkan setiap kali berdoa, 'Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, jika dengan hadirnya zuriat akan menambahkan lagi ketaqwaan ku pada-Mu, maka kurniakan lah aku rezeki zuriat'. Kena yakin dengan doa & InsyaAllah Allah sebaik2 perancang. Doa juga supaya Allah kurniakan rezeki zuriat tepat pada masanya bila diri sendiri & suami betul2 dah bersedia (mental & fizikal). - Boleh scroll highlight story IG BellaKhan, ada beliau share tips dekat bahagian TTC JOURNEY. - Last but not least, minta orang/haiwan(kucing) doakan kita. Masa saya TTC, sesiapa sahaja yg tanya saya soal zuriat, saya akan minta mereka doakan saya. Setiap kali bagi makan pada kucing juga saya akan minta mereka doakan saya. Semoga segala urusan puan dipermudahkan Allah SWT. Saya doakan semoga Allah SWT kurniakan malaikat kecil dalam rahim Puan 🤍 Dan juga pada sesiapa yg sedang berikhtiar. Semoga dipermudahkan bagi kalian dunia & akhirat. Aminn Ya Rabb. Doakan saya & baby juga ya 🥰

Baca lagi
1y ago

Jangan lupa cari support group TTC & Ibu Mengandung di Facebook. Dekat sana ramai yg share tips & trick berjaya hamil 🤍