Salam sejahtera puan, untuk makluman anda jantung berdegup laju ketika kehamilan adalah normal. Hal ini disebabkan oleh kandungan yang semakin membesar memerlukan lebih banyak nutrient dan oksigen untuk membesar, maka jantung mengepam lebih banyak darah untuk sampai ke janin. Namun begitu, degupan jantung yang laju juga boleh menandakan anda sedang stress atau gemuruh, masalah kekurangan darah atau anemia atau masalah tiroid. Oleh itu, patuhi jadual pemeriksaan antenatal berkala anda agar pemantauan dapat dilakukan. Rujuk doktor dengan segera sekiranya terdapat gejala-gejala yang membimbangkan seperti pitam, menggigil dan sebagainya.
Baca lagi