Nak tahu luka bersalin normal sembuh?

Salam semua, sya nak tanya kpd ibu2 yang pernah bersalin normal. Macam mana nak tahu luka bersalin dah sembuh? Takde rasa pedih2 ke, takde keluar darah ke, macam mana ya? atau memang kena guna cermin tengok dalam tu baru tahu... Sya ni dah lah penakut bab2 camni huhu... #firstmom #ingintahu #pleasehelp #firstbaby #bantusharing #seriusnanya

9 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

kalau darah tu mmg akan keluar awak. darah nifas max 60hari. mcm sy masa 1st baby nak dkt sebulan baru okay. mmg xde rasa sakit bila kita bergerak. masa 1st baby sy mcm awak takut nk tengok luka sendiri. sbb trauma jahit byk. 2nd degree tear. nk berak pon takut time tu. takut terbuka balik. haha. tapi setiap kali nurse check luka nurse kata dh okay dh. luka cantum semua elok. baby dh masok 6bulan keatas baru berani tengok sendiri dgn cermin😅. 2nd baby seminggu dh duduk bersila😅. kira bersila tu xrasa sakit. sampai mak sy ckp uit dh bersila hang. laju. kasaq sungguh😅😅

Baca lagi
2y ago

thank you share tips 💓💓💓

Kalau mcm saya always check jahitan tu dah kering ke belum. Saya tekan2 luka tu sakit lagi ke tak. Dlm seminggu luka dah kering. Tinggal tunggu jahitan nak tanggal je. Saya memang pakai petua mak saya suruh basuh tempat luka tu dngn air rebusan daun sirih. Sampai nurse pun nak dtg check tanya saya berkali2 betul ke luka dh kering . Siap bersila depan dia , dia pun terkejut dia pulak yg takut tngok.Boleh lah try basuh guna air daun sirih . Masa rebus tu letak sekali garam. Ambik air daun sirih tu warm2 pastu basuh tmpt luka mmg rasa lega je

Baca lagi
1y ago

Jahitan benang tu tanggal sndiri sis. Nnti benang tu rapuh sndiri klau luka dh bercantum.

Darah tu normal akan keluar..kalau nak cepat baik luka tu cuci guna air garam pakai air suam setiap kali nak basuh pakai air garam memang best tk sakit langsung dan selesa bahagian bawa sy dlm 2 minggu da rqsa normal tk sakit😊…tips ni dapat dari kakak sy sbb dia baru 2 hari habis bersalin da jln2 ke pasar sbb luka dia cepat sembuh pkai air garam😊

Baca lagi

Suruh suami tengokkan. Sy lepas bersalin mmg suami sy yg uruskan luka sy. Dia yg sapukan ubat kuning, tiup2 kasi kering dan pantau bagitahu isi dah bercantum ke belum ke.. kalau suami tinggal dekat suruh dia ambik tahu sikit baru dia tahu pengorbanan kita sebagai isteri. Jangan malu atau sorok2 hal macamni dgn suami

Baca lagi
1y ago

Takboleh la macamtu kata dekat dia. Susah senang hadap sama2 la. Masa bersama tak ada geli pun..

saya haritu time baru bersalin ,paling takut nak tengok luka ,siap menangis sebab fikir luka nie memang payah nak elok ,now dah 26 hari berpantang ,luka semua cantum elok dah kering betul ...rajin ii cuci selalu ,saya spray hydrocin beli kt farmasi,

Dh tak sakit tu kira makin okayla tu, cuma baru baru lagi kalau boleh tkyah lasak sgt la. Hehe

Luka dlm 2 mingu kering dah..pas doktar akn cek dia akn bgthu luka dah smbh n jhtn dah tercbut

Masa sy kjp jr kering n smbh sbb sy cuci dgn daun sirih dgn air suam.cpt smbh n cpt kcut

kalau xde rasa sakit or xselesa,kire dah ok la tu