Newborn kembung perut berak berbuih

Salam semua, saya first mom. Sekadar perkongsian, anak saya dh hampir 2 bulan, saya menyusu badan. Anak saya sngt sensitif dgn setiap apa sy makan. Halia & bawang putih pun dia tak tahan. Jamu pun sy tk ambil. Cuma sampai ke harini, dah habis pantang makan nasi goreng pun anak tk tahan. Kadang2 menangis dgn baby, selalu minta maaf dgn baby sbb dia sakit sangat perut sampai berak buih. Kadang2 rasa penat jaga makan sbb ada je tk sesuai, makanan sy sangat terhad. Tapi susu ibu ni elok & jimat duit. Sy ni suri rumah je.. Nak tanya ada ke ibu bf yg macam sy baby sangat sensitif? Terima kasih 😊 #ingintahu #firstmom #firstbaby

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

mana sis tahu dia sakit sgt perut sampai berak buih tu? dia masa berak menangis ke? najis berbuih ni normal utk baby dlm pantang sbb usus dia belum matang lg. selalu nya sbb baby byk minum foremilk (susu awal) & susu ni rendah kalori, setakat nk hilangkan dahaga baby. penting utk baby menyusu lebih 15-20minit satu sesi, satu payudara utk dptkan hindmilk (susu akhir), susu yg tinggi kalori, penuh dgn lemak baik. tapi takde salah juga la ibu nak jaga makan. buat masa ni makan nasi, sayur air & ikan/ayam bakar/goreng dulu. mmg kurang selera sikit tp bila full bf mmg kena try & error makanan ibu sbb akan efek baby. susu ibu adalah susu terbaik utk baby. sis kena byk2 bersyukur sbb baby dpt pelbagai khasiat baik dari susu ibu.

Baca lagi

ada refer doctor tak bila anak berak najis berbuih?