Spotting pada 4 minggu

Salam semua, saya 1st time mom baru sahaja 4 minggu. Ada spotting selama 3 hari tapi spotting warna coklat yang sedikit cuma kerap dari pgi sehingga ke malam. Saya sudah scan semalam Dr kata kandungan normal tapi masih kecil cuma nampak bulatan. Dan Dr nasihat untuk bedrest. Ada ibu2 yang pernah alami situasi seperti saya? Boleh share pengalaman dan tips tak?

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

yer keluar darah coklat tu tanda penempelan. saya sehari sebelum period, ada keluar darah coklat sikit je. lepas tu tak ada dah. ingat period. sepatutnya esok period. saya buat upt jadi positif. 2 line tanda pregnant. kena banyakkan rehat, makan makanan yang berkhasiat, jangan skip makan folid acid, jangan buat kerja berat angkat berat bahaya buat janin takut jadi keguguran dan better elakkan bersama suami masa 1st trimester. harap suami kena faham dan sabar. selagi tak ada bleeding/spotting, tak ada apa2 la tu. kalau ada bleeding/spotting secara berterusan atau nonstop , sila pergi hospital. semoga baby kita semua membesar dengan sihat dan baik2. inshaAllah aamiiin. jaga diri jaga kandungan elok2. fikir positif buang negatif.

Baca lagi
11mo ago

Amin, terima kasih sis. Tapi tadi saya ke klinik untuk scan, dr kata belum nampak kantung. Kena datang lagi 2 weeks. Mungkin baru lagi sebab tu tak nampak dan kena pantau spotting tu. Terima kasih sis bagi kata2 semangat. Skrg ni memang asyik overthinking je. Semoga allah permudahkan segala urusan kita dan allah kurniakan rezeki baby yang sihat dan sempurna aminn.

Saya ada spotting jgk tahun lepas ,p klinik dr kata kantung kosong , masa tu dh 12 minggu , lepas seminggu gugur